Pasukan penyelamat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Saadon Moktar berkata ketika ini pasukan JMG sedang membuat pemeriksaan di kawasan tanah runtuh bagi melihat sama ada terdapat sebarang pergerakan tanah di situ sebelum membenarkan pasukan penyelamat menyambung semula SAR hari ini.
"Selain itu, pasukan JMG akan membuat beberapa pemeriksaan lanjut termasuk beberapa kemungkinan lain sebelum membenarkan kami meneruskan operasi SAR untuk mencari lima mangsa yang masih tertimbus.
"Kami harap cuaca hari ini baik agar dapat meneruskan operasi di sektor ketiga yang dipercayai kemungkinan lima lagi mangsa tertimbus itu berada di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata kira-kira 100 anggota dan pegawai pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi seperti bomba, pasukan SMART, polis dan Angkatan Pertahanan Awam telah bersiap sedia untuk meneruskan operasi SAR yang masuk hari ketiga hari ini.
Mereka yang masih hilang ialah Subairi warga Indonesia dan empat warga Bangladesh dikenali sebagai Mithu Hossain, 30, Mohamad Abd Jalil, 31, Ujal, 33, dan Rahat, 25.
Kejadian tanah runtuh yang dilapor pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan empat pekerja asing maut, tiga cedera manakala lima lagi dikhuatiri masih terperangkap di dalam runtuhan tanah.
Kejadian selepas hujan lebat di negeri ini sejak petang Khamis hingga tengah hari Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah di bawah kawasan kontena dan pondok kongsi di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.
Petang Jumaat dua mayat ditemukan iaitu lelaki Indonesia Samsul Asman, 19, dan lelaki Bangladesh Attrul, 35, manakala mayat Khin Aye Khaing, 33, wanita Myanmar ditemukan pukul 1.30 pagi Sabtu dan mayat keempat Bahtiar, 36, lelaki Indonesia ditemukan pada 11.55 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 21 2018
Ketika ini pasukan JMG sedang membuat pemeriksaan di kawasan tanah runtuh bagi melihat sama ada terdapat sebarang pergerakan tanah.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Polis, penyokong Imran Khan bertempur dalam protes di Islamabad
Dalam pertempuran dengan polis malam tadi, media tempatan melaporkan beberapa orang, termasuk adik perempuan Imran, ditahan.
Warga emas rugi RM108,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi Ats-Pro dan diberikan kredit wang berjumlah RM6,000 untuk membeli satu unit saham.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.
Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.
Imigresen tahan lima lelaki Bangladesh, tumpas sindiket pemalsuan dokumen Fomema
Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan kepada warganegara asing yang tidak memiliki pasport untuk mendapatkan dokumen Fomema.
Bawa masuk warga asing, 12 termasuk lima penguat kuasa ditahan SPRM
12 individu termasuk lima penguat kuasa yang bertugas di KLIA Terminal 2 ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara.
Bekas pemimpin Bangladesh, Hasina didakwa lakukan genosid
Sheikh Hasina didakwa melakukan "genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan" semasa beberapa minggu protes ganas yang mengakibatkan ratusan orang terbunuh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.