Lapan puluh peratus daripada 9,290.3 meter persegi (100,000 kaki persegi) tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini telah dialihkan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata 20 peratus lagi tanah yang berada di sektor ketiga dijangka dapat dialih dalam tempoh dua hari kerana beberapa kesukaran di kawasan berkenaan.
"Sektor ketiga melibatkan kawasan timbunan tanah runtuh yang tinggi iaitu kira-kira 20 meter dan kami perlu gunakan jengkaut yang lebih besar bagi mengalihkan tanah-tanah itu hingga ke dasar.
Kami harap dapat temui dua lagi lelaki Bangladesh yang dikhuatiri masih hilang di kawasan berkenaan dan fokus pasukan penyelamat memang mencari mereka yang dikenali sebagai Ujal, 25, dan Rahat, 33, itu, " katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk operasi SAR dua lelaki Bangladesh itu dan akan menjalankan operasi sehingga berpuas hati tiada lagi mangsa di lokasi kejadian.
Mohamad Shoki berkata ketika ini Unit Anjing Pengesan (K-9) telah mengenal pasti satu lagi lokasi di sektor ketiga yang kemungkinan terdapat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.
"Dengan cuaca baik hari ini, kami harap dapat menjalankan operasi SAR berterusan sehingga dua mangsa yang dilapor hilang itu ditemui. Pasukan penyelamat akan memberhentikan operasi jika hujan," katanya.
Beliau juga meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan di lokasi tanah runtuh itu tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan pasukan penyelamat menjalankan operasi SAR.
Sehingga pukul 5 petang ini, lapan mayat telah ditemui terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, empat lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala dua lagi lelaki Bangladesh dilapor masih hilang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.
Kejadian yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabkan empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 22 2018
![Tragedi Bukit Kukus: Bomba perlu jengkaut lebih besar untuk alih tanah Tragedi Bukit Kukus: Bomba perlu jengkaut lebih besar untuk alih tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61540112000_TanahRuntuh.jpg)
Sektor ketiga melibatkan kawasan timbunan tanah runtuh yang tinggi iaitu kira-kira 20 meter dan bomba perlu gunakan jengkaut yang lebih besar bagi mengalihkan tanah-tanah itu hingga ke dasar. -Gambar fail
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716857632_CycloneRemalWeather.jpg)
Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.
![Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716436988_AnwarulAzimAnar.jpg)
Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India
Anwarul Azim Anar, 56, seorang Ahli Parlimen selama tiga penggal pergi ke India pada 12 Mei dan hilang pada hari berikutnya.
![Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715957421_TBMesir.jpg)
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
![Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715575365_Lelakimautjpg.jpg)
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
![Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714084049_heatwavedhakaba.jpg)
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
![Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710200288_TurkeyRamadanTar.jpg)
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
![Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-10/81476241959_Rakhine.jpg)
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
![Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707372271_TBburuhaiwanjpg.jpg)
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
![Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707170405_Rohingyarefugees.jpg)
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
![Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704100791_TBwargaasing.jpg)
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.