Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk menjalankan siasatan terhadap nahas bas ekspres di Muar, Johor yang mengorbankan 14 nyawa, awal pagi tadi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian memandang serius kemalangan bas ekspres itu dan siasatan perlu dilakukan dari pelbagai sudut keselamatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Hasil siasatan yang mendalam ini akan diguna pakai oleh kementerian untuk membuat penambahbaikan yang diperlukan dari semua sudut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pihak MIROS diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Prof Dr Wong Shaw Voon akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengumpul data di kawasan kemalangan, kata Liow.
"Miros dan SPAD juga akan bersama-sama mengaudit syarikat pengendali yang berkenaan. Maklumat awal daripada pihak polis juga akan dianalisis bagi mengenal pasti punca kejadian, hasil siasatan dijangka diperolehi dalam masa terdekat," katanya.
Liow turut meminta pengguna jalan raya supaya mengambil pengajaran daripada kejadian kemalangan itu dan memandu secara berhati-hati demi memastikan tiada lagi nyawa yang terkorban di musim perayaan ini.
Kemalangan itu berlaku pada 3.25 pagi di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berdekatan Kampung Jayor, Pagoh, Muar, Johor dan mengorbankan 14 orang iaitu 10 perempuan termasuk kanak-kanak dan empat lelaki.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa tragedi bas itu awal pagi tadi.
Nancy berkata siasatan pelbagai agensi terhadap nahas itu bermula dengan segera dengan MIROS menerajuinya manakala SPAD membantu siasatan. MIROS akan meneliti aspek nahas sementara SPAD akan memberi fokus kepada pematuhan kepada garis panduan keselamatan SPAD.
"Saya telah memaklumkan kepada SPAD tentang perlunya untuk mempercepatkan siasatan dan mengenakan hukuman paling berat kepada pihak yang didapati bertanggungjawab
Nancy juga berkata beliau menyokong penuh prosedur operasi standard (SOP) SPAD untuk menggantung operasi Goldstar Express Sdn Bhd, pengendali bas ekspres itu, sementara menunggu hasil siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016

TIONG LAI: Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Miros, JPJ dan JKJR untuk menjalankan siasatan terhadap nahas bas ekspres di Muar, Johor. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Jangan benar agenda Dr Mahathir rampas hak rakyat - Tiong Lai
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri.

Enam tren baharu tingkatkan 50 peratus keupayaan ERL
Keupayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan meningkat 50 peratus berikutan pelancaran enam tren baharu hari ini.

Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.

DAP tidak punya masa depan - Tiong Lai
DAP disifatkan tiada masa depan kerana tidak berprinsip dan bersemangat serta dilihat gagal membawa rakyat negara ini ke mana-mana.

Selat Melaka bebas ancaman lanun
Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.

MCA terima keputusan tolak penganjuran pesta arak
MCA menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara atas faktor keselamatan.

Keluarga MH370 rancang kumpul RM67 juta teruskan sendiri usaha pencarian
Hari ini keluarga MH370 melancarkan inisiatif untuk menjalankan usaha pencarian secara persendirian dengan sasaran mengumpul RM67 juta (USD15 juta).

MH370: Masalah dana bukan punca penangguhan pencarian - Tiong Lai
Penangguhan pencarian pesawat MH370 bukan disebabkan masalah dana, tegas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

PM Najib umum landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat penerbangan terus dan sewa dari China mendarat.

Laporan akhir siasatan penerbangan MH370 dijangka siap tahun ini - Tiong Lai
Laporan siasatan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014, dijangka siap tahun ini.