IPOH: "Bangun sahur, bangun sahur".
Begitulah laungan yang kedengaran sambil diiringi paluan rebana diikuti selawat oleh sekumpulan penduduk sebagai tradisi kampung bagi mengejutkan umat Islam di sekitar kawasan Taman Klebang Putra 1, di sini, untuk bangun sahur awal pagi tadi.
Program yang bermula kira-kira 3.30 pagi dan berlangsung selama 30 minit itu melibatkan lebih 50 individu termasuk kanak-kanak dengan berjalan lebih kurang tiga kilometer mengelilingi kawasan perumahan tersebut dalam usaha 'menghidupkan' tradisi kampung itu pada bulan Ramadan di kawasan bandar.
Pengerusi Kelab Rukun Tetangga (KRT) Klebang Putra 1, Dr Mohamad Azrul Azly, 36, berkata, program tersebut yang julung kali diadakan di sini menjadi medium merapatkan jurang antara penduduk untuk membina perpaduan melibatkan masyarakat setempat.
"Kami (KRT) memikirkan kelainan untuk dilakukan pada bulan Ramadan dan program ini bertujuan menghidupkan tradisi untuk kita bawa kepada taman (kawasan perumahan) khususnya bandar," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Kejut Sahur Paluan Rebana anjuran KRT tersebut, di sini, awal pagi tadi.
Menurut Mohamad Azrul, pihaknya mempertimbangkan untuk mengadakan program itu secara berkala pada bulan Ramadan, selain cuba mengaktifkan kelab rebana bagi menarik lebih ramai penyertaan pada masa hadapan.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Rebana Klebang Putra Mohd Rizal Mohd Rajab, 48, berkata, sesiapa sahaja boleh menggunakan khidmat kelab berkenaan bagi majlis tertentu.
"Sebelum ini kelab rebana ini biasa buat (aktif) di kampung-kampung, taman belum lagi, tetapi acara kali ini dari kampung ke taman. Daripada situ, tercetus idea untuk kejut sahur dengan paluan rebana ini ke taman," katanya.
Dalam pada itu, penduduk Muhammad Adam Chua Abdullah, 54, berkata, program pada hari ini merupakan acara pertama yang disertainya sejak memeluk agama Islam selama lebih 10 tahun.
Muhammad Adam Chua berkata, program tersebut merupakan acara yang unik selain dapat mengenali lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan.
"Ahli keluarga, budak-budak pun boleh sertai. Ini pengalaman baharu untuk saya dan saya rasa perlu sebagai masyarakat setempat menyertai aktiviti sebegini sebab selalunya sahur dengan ahli keluarga sahaja," katanya.
Selain itu, penduduk Muhammad Danish Muqri Mohd Tajudin, 19, berkata, kemeriahan terasa pada program tersebut kerana mendapat penyertaan daripada penduduk setempat.
"Apabila sertai macam ini bagi yang tidak dapat merasa aktiviti di kampung, kini kita rasa sendiri bagaimana tradisi kejut sahur pagi di kampung. Sebelum ini ada baca (paluan rebana kejut sahur) tetapi tidak pernah ikut serta," katanya yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Tapah.
- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023
Tradisi paluan rebana di kampung dibawa ke kawasan perumahan Taman Klebang Putra 1, Ipoh, untuk mengejutkan umat Islam bangun sahur awal pagi tadi. - Gambar BERNAMA
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Consider This: 2024 US Election (Part 1) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Saeed Khan, Founding member of the Institute for Social Policy and Understanding. He’s also an associate professor of Near Eastern and Asian Studies at Wayne State University.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Consider This: 2024 US Election (Part 2) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Hayg Oshagan, Founder and Director of New Michigan Media. He’s also an Associate Professor in the Department of Communication at Wayne State University.
AWANI Ringkas: KDN beri penjelasan di Dewan Rakyat Khamis ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
Adab di pagi 1 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
Teh panas jadi hidangan tradisi selepas Tarawih di Pakistan
Tradisi berkumpul untuk "chai dan gup shup" bukan sahaja terhad di Quetta tetapi kelaziman di kebanyakan bandar utama di Pakistan.
Ramadan dan Syawal menggamit rindu perantau
Bulan Ramadan di perantauan mempunyai cabaran tersendiri terutamanya perlu berpuasa untuk tempoh yang panjang.
Empat beranak tinggal dalam bangsal, tiada persiapan Aidilfitri
Sebelum ini mereka sekeluarga menyewa di Seberang Perai Utara, namun disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah.
Agong berkenan menerima menghadap, berbuka puasa bersama PM
Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa.
Baju raya mahal: Keperluan atau kehendak nafsu?
Murah tidak semestinya tidak berkualiti dan mahal tidak semestinya berkualiti tinggi.
Kuota internet tambahan percuma sempena Aidilfitri
Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Aidilfitri: Lebih 3 juta kenderaan dijangka masuk Perak
Lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjelang sambutan Aidilfitri.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
PDRM beri diskaun khas semua saman, hanya bayar RM50 - PM Anwar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.