BRUSSELS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi yakin mesyuarat mengenai Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang berlangsung di sini akan membuahkan hasil dengan penglibatan peringkat lebih tinggi.
Menurut beliau, selama ini penglibatan adalah hanya di peringkat pegawai.
"Kini komitmen adalah daripada peringkat kementerian. Bukan sahaja kementerian (malah) saya datang untuk mewakili kerajaan Malaysia, bukan sahaja sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi tetapi juga Timbalan Perdana Menteri," katanya kepada media Malaysia pada sidang media di sini, hari ini.
Misi mengadakan pertemuan dengan EU adalah misi bersama Indonesia, yang merupakan pengeluar terbesar minyak sawit.
"Justeru, itu menunjukkan komitmen kita terhadap kemampanan dan bukan sahaja yang baik untuk Malaysia tetapi seluruh dunia," tambahnya.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Fadillah dan misi ke EU adalah misi bersama dengan kerajaan Indonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).
Awal tahun ini, Fadillah dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi (KOMENKO) Indonesia, Airlangga Hartarto telah sama-sama bersetuju untuk melindungi kepentingan sektor minyak sawit dengan memperkukuh usaha dalam menangani diskriminasi terhadap minyak sawit.
Jika digabungkan, Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih 80 peratus kepada pasaran minyak sawit global.
Sebagai sebahagian daripada misi itu, mereka akan bertemu Pesuruhjaya Alam Sekitar, Lautan dan Perikanan, Virginijus Sinkevicius; Wakil Tinggi bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah, Josep Borrell-Fontelle serta Naib Presiden Eksekutif Eropah untuk Perjanjian Hijau dan Pesuruhjaya Tindakan Iklim Dasar, Frans Timmermans.
Menteri-menteri itu juga akan bertemu dengan Naib Presiden Parlimen Eropah, Heidi Hautala dan Pengerusi Perdagangan Antarabangsa, Bernd Lange.
Selain itu, turut dijadualkan ialah majlis makan tengah hari bersama pemimpin industri dan ketua pegawai eksekutif.
"Malaysia bersedia untuk membantu EU," kata Fadillah.
"Apa yang kita mahukan adalah lebih banyak penglibatan kerana keputusan yang diambil oleh mereka memberi kesan kepada Malaysia bukan sahaja pada perspektif ekonomi atau perdagangan tetapi juga kepada pekebun kecil."
Malaysia mempunyai kira-kira 700,000 pekebun kecil dalam bidang pertanian, dengan kira-kira 450,000 pekebun kecil terlibat dalam sektor minyak sawit.
Oleh itu, penglibatan adalah penting dan pada masa yang sama Malaysia juga mahu EU mengiktiraf semua tindakan yang diambil oleh kerajaan selama ini.
Malaysia menekankan keperluan untuk pendekatan yang seimbang antara mencapai matlamat pembangunan dan cita-cita iklim.
Matlamat Pembangunan Lestari/Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDGs) kekal sebagai keutamaan utama bagi Malaysia.
Malah, definisi kelestarian PBB amat jelas iaitu kemampanan atau kelestarian sosial dan ekonomi berada pada tahap yang sama dengan alam sekitar. Dalam kebanyakan takrifan kemampanan, terdapat juga kebimbangan terhadap kesaksamaan sosial dan pembangunan ekonomi.
Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah antara inisiatif kemampanan, katanya.
Fadillah menambah, dalam kalangan pengilang, 96 peratus telah mencapai pensijilan MSPO manakala dari segi perladangan 98 peratus, termasuk pekebun kecil.
Terdapat dua jenis pekebun kecil - satu yang diselenggarakan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) serta satu lagi kebanyakannya milik keluarga.
"Kita juga membantu mereka (milik keluarga) untuk memastikan mereka diperakui."
Minyak sawit adalah sumber minyak sayuran yang paling efisien.
Pokok kelapa sawit memerlukan tanah yang jauh lebih sedikit untuk menjana hasil yang sama berbanding dengan minyak-minyak lain.
"Jika anda bercakap tentang penebangan hutan, secara perbandingan dengan kacang soya atau biji sesawi dan sebagainya, minyak sawit masih paling produktif dari segi penggunaan tanah," katanya.
Minyak sawit menghasilkan lebih banyak minyak setiap hektar berbanding mana-mana tanaman minyak sayuran utama lain, iaitu 3.3 tan sehektar.
Sebagai perbandingan, kacang soya menghasilkan hanya 0.4 tan sehektar.
Malaysia juga mempunyai Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) dan amalan Pengurusan Hutan Lestari (SFM), dengan tujuan untuk memudahkan akses ke pasaran tunggal EU. - BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Fadillah Yusof berbual bersama Airlangga Hartarto semasa Majlis Makan Malam bersama Kedutaan dan Sekretariat Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC) sempena misi Perdagangan ke Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium. - Gambar BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.
TPM Fadillah yakin mesyuarat mengenai EUDR akan membuahkan hasil
Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah antara inisiatif kemampanan.
Tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet - TPM Fadillah
Rombakan Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata Fadillah.
Misi Malaysia-Indonesia ke Kesatuan Eropah dilaksanakan pada Mei - TPM Fadillah
Misi Malaysia bersama Indonesia ke Kesatuan Eropah (EU) untuk menangani sekatan blok itu terhadap kemasukan pelbagai produk komoditi akan dilaksanakan pada Mei depan.