PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof akan berlepas ke Indonesia pada Februari untuk bertemu rakan sejawatannya dan pihak berkepentingan lain bagi memerangi lobi anti minyak sawit.
Beliau akan menyusun strategi dan memperkukuh usaha untuk memerangi kesan negatif yang menyelubungi komoditi itu.
Kunjungan Fadillah tersebut mungkin dilihat sebagai susulan daripada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini.
Semasa lawatan itu, kedua-duanya telah bersetuju untuk bekerjasama memerangi "diskriminasi" terhadap komoditi tersebut.
Malaysia dan Indonesia merupakan negara pengeluar minyak sawit terbesar.
"Adalah diharapkan bahawa pakatan negara-negara pengeluar minyak sawit akan dapat bekerja secara sinergi dalam memperkasakan peranan CPOPC sebagai blok ekonomi yang lebih dinamik dan berimpak dalam melindungi kepentingan industri kita," katanya.
Fadillah berkata, negara pengeluar minyak sawit perlu lebih diselaraskan dalam usaha mereka menyampaikan pendirian terhadap perkara dasar yang menjejaskan kesejahteraan sosio-ekonomi mereka.
"Dari aspek ini, saya khususnya merujuk kepada Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS), dua blok ekonomi yang sentiasa melemparkan tuduhan tidak berasas, mencemarkan usaha minyak sawit lestari dan memulakan sekatan ke atas produk minyak sawit kita dengan matlamat untuk melumpuhkan industri minyak sawit secara keseluruhannya," katanya.
Beliau berkata, pengeluar minyak sawit tidak boleh bertindak bersendirian dalam menghadapi cabaran itu, terutamanya dengan langkah terbaharu EU.
Blok itu telah memperkenalkan undang-undang baharu Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR) mengenai import komoditi terpilih termasuk minyak sawit, yang mengaitkannya dengan penebangan hutan dan degradasi hutan.
Perundangan baharu itu, katanya, dijangka menjadi halangan kepada perdagangan.
Komoditi itu tertakluk kepada usaha wajar yang dijangka meningkatkan kos pentadbiran dan pengeluaran.
Selain itu, "keperluan kebolehkesanan" juga dijangka akan memberi kesan kepada pekebun kecil jika mereka dikecualikan di bawah perundangan.
Pekebun kecil secara berkumpulan adalah penting dalam rantaian bekalan global, katanya.
Fadillah berkata, Malaysia melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam penanaman kelapa sawit dan pemprosesan minyak sawit dengan mengguna pakai (pelbagai) inisiatif, termasuk memperkenalkan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO), yang diwajibkan sejak 1 Jan, 2020.
EU mungkin mahu melindungi produknya sendiri dengan mengenakan pelbagai halangan perdagangan kerana minyak sawit merupakan komoditi yang sangat kompetitif berbanding minyak sayuran lain dan ringgit Malaysia yang semakin lemah berbanding dolar AS, katanya.
Beliau berkata, minyak sawit telah menjadi "minyak makan pilihan", kerana harga dan kegunaannya yang serba boleh.
Memperluas dan mempelbagaikan industri kelapa sawit dan meneroka penggunaan khusus pasaran produk minyak sawit akan meningkatkan bahagian pasaran global Malaysia untuk komoditi itu.
Fadillah berkata, permintaan global untuk minyak sawit juga meningkat seiring dengan pemulihan ekonomi global dan ini telah meningkatkan permintaan bagi komoditi itu dalam kedua-dua sektor makanan dan bukan makanan.
"Pelaburan yang berterusan oleh pemain minyak sawit dalam oleokimia berasaskan sawit dan produk nilai tambah akan menyediakan peluang pertumbuhan," katanya.
Walaupun kadar faedah meningkat dan kebimbangan terhadap kemelesetan, pasaran keseluruhan minyak sawit Malaysia dijangka kekal teguh disokong oleh peningkatan dalam pengeluaran, harga yang kompetitif dan permintaan yang kukuh, tambah beliau.
Bagi lobi anti minyak sawit, beliau berkata, mungkin terdapat keperluan untuk mempertimbangkan pembabitan pakar bagi menentang tuduhan EU itu.
Pilihan lain ialah "menghentikan eksport ke EU dan menumpukan pada negara-negara lain. Kita perlu berbincang hal ini dengan Indonesia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
Datuk Seri Fadillah Yusof akan berlepas ke Indonesia pada Februari untuk bertemu rakan sejawatannya dan pihak berkepentingan lain bagi memerangi lobi anti minyak sawit. - Gambar fail Astro AWANI
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
Kerjasama serantau amat penting bagi membuka potensi penuh tenaga ASEAN - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri akan menekankan pentingnya kerjasama serantau untuk membuka potensi tenaga ASEAN di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42.
PETRA komited transformasi sektor air sebagai hab dinamik ekonomi negara
PETRA memperkasakan tadbir urus air di semua peringkat untuk menjadikan bekalan air Malaysia sebagai hab dinamik yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi.
Banjir Kedah: Kerajaan jamin pegawai bertanggungjawab akan pantau lebih teliti - TPM Fadillah
Kerajaan akan beri tumpuan pada bantuan kepada mangsa-mangsa banjir serta merangka pelan jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir pada masa depan.
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
Fadillah dedah draf sebenar MoU peruntukan pembangkang
Timbalan Perdana Menteri tampil mendedahkan dua draf sebenar dokumen penyaluran peruntukan pembangkang yang masih menjadi kontroversi.
TPM, jemaah menteri ucap Selamat Hari Malaysia
Seluruh rakyat Malaysia diajak untuk terus menjaga hubungan baik antara kaum, memperkukuhkan perpaduan dan menanam semangat patriotik dalam jiwa setiap generasi muda.