KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" seperti beli-belah, sukan golf, pelancongan mewah, taman tema, pakej bulan madu, pelancongan perkahwinan dan filem pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berharap pameran pelancongan itu dapat menarik sejumlah besar pelancong India ke Malaysia, lebih-lebih lagi dengan pengecualian visa yang ditawarkan kepada pelancong negara itu hingga 31 Dis depan.
"Kami mahu memanfaatkan peluang ini dan ia (pameran) merupakan platform terbaik untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menggunakan liputan publisiti secara komprehensif sepanjang program ini," katanya dalam kenyataan hari ini, selain menambah terdapat 180 penerbangan dengan 33,374 tempat duduk bagi perjalanan antara India dan Malaysia setiap minggu.
Beliau berkata jumlah pelancong India merupakan kelima terbesar iaitu 472,479 orang daripada 14.4 juta pelancong ke negara ini yang dicatatkan dari Januari hingga September tahun lepas,
"India dianggap sebagai pasaran penting dan utama bagi Malaysia, ditambah lagi dengan hubungan ekonomi dan budaya yang kukuh serta mendalam," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG) Dersenish Aresandiran berkata Malaysia Airlines, yang mengendalikan 69 penerbangan seminggu ke New Delhi, Mumbai, Bengaluru, Chennai, Hyderaabad, Kochi, Amritsar, Trivandrum dan Ahmedabad, berbesar hati menjadi rakan penerbangan rasmi OTM 2024.
"Kami berharap dapat menampilkan daya tarikan Malaysia yang pelbagai dan mengagumkan kepada pengembara India, selain bekerjasama rapat dengan Tourism Malaysia untuk merancakkan semula pelancongan keluar dan masuk antara dua pasaran utama ini," katanya.
Lebih 35,000 pelawat perdagangan dijangka menghadiri OTM 2024 dan Tourism Malaysia turut giat melakukan beberapa siri aktiviti promosi dalam pasaran India.
Ia bermula dengan Festival Makanan dan Kebudayaan Malaysia pada 5 Feb hingga Ahad ini, diikuti kempen jerayawara melibatkan empat bandar utama di India iaitu Bangalore, Chennai, Calcutta, dan Ahmedabad yang akan berlangsung dari Ahad ini hingga 19 Feb.
Delegasi Malaysia terdiri daripada 43 organisasi yang mewakili 23 ejen pelancongan, 11 pengusaha hotel/resort, empat pemilik produk pelancongan, tiga lembaga pelancongan negeri dan dua pengendali penerbangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024

Ammar berkata jumlah pelancong India merupakan kelima terbesar iaitu 472,479 orang daripada 14.4 juta pelancong ke negara ini yang dicatatkan dari Januari hingga September tahun lepas. - Gambar fail

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .

INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.

KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.

Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.