Kini, Touch n Go eWallet turut tidak ketinggalan dan telah mula menawarkan fungsi seumpamanya kepada pengguna.
Bagi para pengguna Touch n Go eWallet, anda boleh ke halaman GoFinance dan mengakses fungsi yang dinamakan “Travel Back In Time”.
Melalui ciri ini, pengguna boleh melihat jumlah perbelanjaan untuk tahun berkenaan menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet, bulan yang anda berbelanja paling tinggi, berapa mata ganjaran yang anda telah tebus, dan pada penghujungnya memperlihatkan watak khusus berkaitan kaedah perbelanjaan anda.
Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, boleh menyemak “Travel Back In Time” anda melalui menu GoFinance.