KUALA LUMPUR: Touch 'n Go (TnG) akan melancarkan versi baharu kad yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) dalam beberapa minggu akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd Ignatius Ong berkata, kad baharu itu akan membolehkan pengguna menambah baki dengan mudah menggunakan port didayakan-NFC melalui aplikasi TnG eWallet.
"Kad Touch 'n Go yang kami ada dalam edaran sejak 20 tahun lepas tidak mempunyai keupayaan untuk menambah nilai terus kad anda daripada eWallet kerana anda memerlukan pembaca kad khusus untuk benar-benar melakukan transaksi atas sebab-sebab keselamatan," kata Ong semasa perbincangan panel pada hari kedua Minggu MyFintech 2022 hari ini.
Pada perbincangan panel yang sama, Pengarah Pembayaran Runcit Payments Network Malaysia (PayNet) Khairuan Abdul Rahman menyatakan bahawa menjelang suku keempat 2021, urus niaga e-dagang menurun sedikit apabila sektor ekonomi dibuka semula dan lebih banyak perniagaan mula beroperasi secara fizikal.
Beliau berkata pendigitalan industri perdagangan dan pembayaran menjadi terlalu pesat dalam tempoh dua tahun lepas akibat pandemik COVID-19 dengan pelanggan memilih kaedah pembayaran secara alternatif.
"Kami menyaksikan lebih 100 peratus pertumbuhan dalam Pertukaran Proses Kewangan (FPX), salah satu platform untuk memudahkan transaksi e-dagang yang dikendalikan oleh PayNet pada 2020, dan lebih daripada 70 peratus pertumbuhan pada 2021.
"Memandangkan lebih banyak perniagaan membuka pintu mereka untuk transaksi bersemuka, saya berharap ini tidak bermakna kita kembali sepenuhnya kepada transaksi tunai atau sistem pembayaran digital yang terhad," katanya.
Khairuan menjelaskan lagi bahawa tingkah laku pengguna berubah secara drastik dan sama ada mereka akan kembali kepada transaksi tunai pasca-pandemik masih belum jelas.
Beliau berkata PayNet perlu memerhatikan situasi itu "selama beberapa bulan" sebelum membuat kesimpulan, selepas itu barulah syarikat akan dapat mengesyorkan cara ia perlu mengekalkan transaksi e-dagang sebagai bentuk pembayaran utama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Kad baharu itu akan membolehkan pengguna menambah baki dengan mudah menggunakan port didayakan-NFC melalui aplikasi TnG eWallet. - Gambar/ FB @Tuch'n Go Malaysia
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Touch 'n Go akan lancar kad versi baharu dengan keupayaan NFC
Touch 'n Go (TnG) akan melancarkan versi baharu kad yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) dalam beberapa minggu akan datang.