Majalah TIME menyenarai Tony Fernandes dalam senarai TIME 100 tahun 2015, senarai tahunan majalah ini yang menyenarai 100 Individu Paling Berpengaruh di Dunia. Senarai tahun yang ke-12 ini mengiktiraf aktivisme, inovasi dan pencapaian individu paling berpengaruh dunia.
Dengan visi bagi mendemokrasi penerbangan, Tony Fernandes mengasas bersama AirAsia pada tahun 2001 dengan rakan perniagaan beliau Datuk Kamarudin Bin Meranun, telah membeli AirAsia yang sedang mengalami kerugian pada masa itu dari pemiliknya dengan token bernilai satu ringgit ($0.30 USD) dengan hutang lebih dari USD11 juta.
Tidak terlepas dari fokus dalam menawarkan produk bernilai tinggi dan pada harga berpatuttan membatasi segala cabaran, Tony Fernandes telah mencetus industri penerbangan di Asia dan di rantau ASEAN, menghubungkan komuniti-komuniti dan budaya yang bebeza yang secara lansung merancakkan ekonomi di rantau ini. Produk inovatif dan pasaran kreatif yang ditawarkan mengubah syarikat penerbangan itu menjadi peneraju industri.
Hari ini, AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, beroperasi dengan jaringan hubungan terluas dengan lebih dari 90 destinasi. Dalam masa 13 tahun beroperasi, AirAsia telah membawa lebih dari 280 juta orang penumpang dan telah menambah pesawatnya dari hanya dua pesawat ke lebih dari 190 pesawat dengan operasi penerbangan jarak dekat yang beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India, dan penerbangan jarak jauh yang beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Thailand. AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah terbaik Dunia pada acara tahunan oleh World Airline Survey dari Skytrax bagi tempoh enam tahun berturut-turut dari tahun 2009 – 2014.
Fernandes berkata, “Ini adalah penghargaan yang sangat besar untuk tersenarai dalam senarai TIME top 100 – Saya tidak menyangka akan menerima berita ini tetapi saya sangat berbesar hati dan pada masa yang sama berasa rendah diri.”
“Ini adalah tahun yang mencabar tetapi keseluruhan karier saya adalah mengenai cabaran dan dengan setiap halangan, kami belajar dan menjadi lebih baik. Saya percaya kami mengorak langkah terus ke hadapan dan saya sangat teruja menghadapai masa akan datang. Tahun ini adalah mengenai penumpuan terhadap bisnes utama bermula dengan AirAsia. Kami komited untuk memperkukuh nilai utama kami dalam menyediakan produk bernilai tinggi dan terus mengembangkan jaringan laluan kami di rantau Asean dan lebih jauh. Kami adalah sentiasa mengenai perkhidmatan kami yang tersedia bagi mereka yang tidak mempunyai akses, sama ada melalui servis dan produk atau memberi peluang kepada staff kami di mana sebagai contoh kami mempunyai juruterbang yang pernah menjadi pembantu pembelian, ketua bahagian yang bermula sebagai pengendali bagasi dan krew penerbangan yang pernah menjadi pembantu pengurusan. Harapan saya adalah bagi usaha kami menerusi AirAsia dan Kumpulan Tune membolehkan dan menginspirasi generasi usahawan seterusnya dari Asean dan pemilik SME dan membolehkan mereka berjaya.”
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan bagi serata bisnes saya di AirAsia, Kumpulan Tune, QPR, dan Caterham yang bersama saya menghadapi semuanya ke atas sokongan dan kerja keras mereka. Bersama kami akan terus meneraju pasaran.”
Senarai sepenuhnya dan penghargaan berkaitan akan di terbitkan dalam edisi 27 April Majalah TIME, dan boleh mula didapatkan bermula hari ini, Jumaat dan kini di laman www.time.com/time100 Ikuti @TIME bagi sebarang kemas kini di Twitter dan Facebook.com/TIME dan #TIME100. Ikuti @AirAsia bagi kemaskini dan berita terkini mengenai AirAsia dan promosi di FacebookTwitter, Instagram dan LINE.
Media Statement
Fri Apr 17 2015
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes tersenarai dalam Senarai TIME 100 Individu Paling Berpengaruh di Dunia Majalah TIME.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
Bantuan ke Gaza: Misi ketujuh ke Gaza dari Singapura berlepas hari ini
Sejak bermulanya konflik pada Oktober 2023, Singapura telah menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bernilai lebih S$19 juta (AS$14 juta).
Tony Fernandes tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh TIME
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes tersenarai dalam Senarai TIME 100 Individu Paling Berpengaruh di Dunia Majalah TIME.