Kewujudan golongan tonto yang sentiasa mengawasi gerak geri pihak berkuasa menyebabkan banyak operasi membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand sentiasa terganggu, kata Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Supt Azhari Nusi.
Menurutnya apa yang menyedihkan kumpulan penyeludup turut menggunakan golongan warga emas, wanita malah remaja sebagai 'mata-mata' mereka untuk mengawasi pergerakan pihak berkuasa.
"Hasil siasatan kami penyeludup sanggup membelanjakan wang dengan memberi upah kepada mereka yang berani menjadi mata-mata kepada penyeludup.
Golongan ini akan bertindak memberi amaran kepada ketua mereka menggunakan kecanggihan teknologi telefon bimbit yang ada sekarang. Tonto ini adakalanya sanggup berada di hadapan markas kami semata-mata untuk memberikan amaran sekiranya melihat pasukan kami keluar melakukan rondaan atau operasi," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol di sini, hari ini.
Azhari berkata selain penggunaan tonto, penyeludup juga sentiasa mengubah taktik kegiatan mereka termasuk ketika melalui jalan pintas atau laluan tikus untuk membawa barangan seludup.
"Keadaan ini membimbangkan kami kerana ia biasanya didalangi masyarakat sekitar sempadan namun kita akan terus memantau bagi memastikan segala taktik mereka dapat dilumpuhkan.
Kita percaya bilangan tonto ini agak ramai namun kita akan menggunakan pelbagai cara bagi mengatasi dan yakin dengan kredibiliti anggota yang yang bertugas," katanya.
Dalam perkembangan sama, Azhari berkata PGA7 berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 76,000 batang rokok bernilai RM114,000 di Pangkalan Haram Tualang dekat Pengkalan Kubor, Tumpat, pukul 5.45 pagi tadi.
Beliau berkata ketika serbuan dilakukan beberapa lelaki yang sedang memunggah kotak bertindak melarikan diri dengan menggunakan bot ke Thailand sebaik menyedari kehadiran pasukan PGA7.
"Pemeriksaan lanjut di kawasan pangkalan haram itu menemui tujuh kotak yang diisi dengan 380 karton rokok. Kesemua barangan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan dan siasatan lanjut dilakukan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan.
Dalam perkembangan berkaitan, Azhari berkata, PGA7 turut merampas mercun seludup bernilai RM26,420 di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas di sini, Khamis lepas.
Menurutnya, sepanjang tempoh penugasan Ops Wawasan selama 15 hari bermula 15 September lepas, PGA7 berjaya mencatatkan 47 kes rampasan dan tangkapan mencecah hampir RM1 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 30 2019
Selain penggunaan tonto, penyeludup juga sentiasa mengubah taktik kegiatan mereka termasuk ketika melalui jalan pintas atau laluan tikus untuk membawa barangan seludup.
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pembinaan tembok sempadan di Sungai Golok masih dalam cadangan - Saifuddin Nasution
Pembinaan tembok di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Sungai Golok, Kelantan masih dalam peringkat cadangan.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
IMT-GT JBC Malaysia alu-alukan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
IMT-GT JBC Malaysia juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan membuka dua pintu sempadan darat iaitu Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.
Pasukan Khas ditubuhkan sempena pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
Laluan di sempadan Malaysia-Thailand menerusi pintu Bukit Kayu Hitam dijangka mulai sibuk selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Mei depan.
Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.
SOP kemasukan sempadan darat Thailand-Malaysia jamin kesihatan awam
Pelancong yang memasuki Thailand melalui pintu masuk Sadao boleh membawa kenderaan persendirian dari Malaysia.
ATM, PGA kekal kawal sempadan meskipun banjir, pos dinaiki air
Kesemua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, akan dikekalkan, meskipun ada beberapa pos mereka dinaiki air.
Tembak anggota PGA: 52 suspek direman 28 hari di bawah SOSMA - Polis
Siasatan berhubung kes berkenaan dibuka dibawah Seksyen 130V, BAB VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan.
Tembak anggota PGA: 15 suspek tempatan ada kaitan kes lain di Kedah
Semua suspek itu disyaki mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sempadan berhampiran Bukit Kayu Hitam, sebelum ini.
Polis tubuh pasukan khas bawa pulang 3 suspek tembak anggota PGA dari Thailand
Datuk Huzir Mohamed, semua mereka termasuk seorang yang dikenal pasti sebagai ketua sindiket diperlukan bagi melengkapkan siasatan.