KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, dipercayai melakukan empat kesalahan berdasarkan siasatan terhadap kandungan buku memoir 'My Story: Justice In the Wildernes', yang ditulisnya.
Beliau berkata, kesalahan itu melibatkan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Untuk tindakan, kita ada empat kesalahan yang dijangka dia melakukan kesalahan.. ini kita serah kepada pihak berkuasa berkaitan, kalau kes SPRM, SPRM akan siasat, kalau Kanun Keseksaan, pihak polis akan siasat," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap bekas Peguam Negara itu.
Ismail Sabri berkata, laporan siasatan ke atas memoir Thomas yang disediakan pasukan petugas khas, telah dinyahklasifikasikan dan sesiapa sahaja boleh melihat laporan tersebut, melalui laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
Ismail Sabri berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri taklimat khas sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Monsun Timur Laut 2022, di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Ditanya tindakan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu Thomas itu, Ismail Sabri berkata, beliau tidak pasti mengapa mereka 'berdiam diri'.
"Saya tak tahu kenapa diam. Biasanya kalau dia rasa bersalah dia diam, tetapi saya pun tak tahu dalam kes ini kenapa (diam)," katanya.
Buku yang diterbitkan pada Januari 2021, telah menimbulkan kekecohan pelbagai pihak hingga mengakibatkan kira-kira 244 laporan dibuat oleh individu mahupun kumpulan terhadap Thomas dan buku itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
![Tommy Thomas dipercayai lakukan empat kesalahan Tommy Thomas dipercayai lakukan empat kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650296892_TommyThomas.jpg)
Perdana Menteri berkata, bekas Peguam Negara dipercayai melakukan empat kesalahan berdasarkan siasatan terhadap kandungan buku memoir 'My Story: Justice In the Wildernes', yang ditulisnya. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637916006_TommyNajib.jpg)
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
![Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677143955_TommyThomas.jpg)
Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim
Hakim Roz Mawar menyatakan bahawa permohonan menarik diri ini tidak berasas dan boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.
![Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733722658_TBTommyThomas.jpg)
Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.
![Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695802801_Najib.jpg)
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
![Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730868229_TBTommyThomas.jpg)
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.
![Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728626478_altantuyanajibraz.jpg)
Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.
![Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673607663_ShahrirSamadTommy.jpg)
Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.
![Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run' Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698900701_TBNajib.jpg)
Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.
![Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702892505_TBTOMMYTHOMAS.jpg)
Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".
![Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695802801_Najib.jpg)
Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.