Pemuda Amanah menyokong cadangan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara sekali gus menafikan pendapat bahawa kedudukan Islam dan Melayu terjejas susulan lantikan bukan kalangan Muslim.
Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, kedudukan istimewa Islam dan Melayu tidak akan terjejas kerana ia telah dijamin dipelihara oleh kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).
"Peguam negara juga tiada kuasa mengubah keistimewaan Islam dan Melayu kerana kedua-dua keistimewaan ini adalah prerogatif Legislatif," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Tommy mempunyai kelayakan dari segi merit dan perlembagaan, selain menyorot pengalaman peguam kanan itu mengendalikan kes-kes berprofil tinggi yang rumit.
“Antara kes yang pernah dikendalikan Tommy adalah kes berkaitan isu dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kes saman Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkaitan hak royalti Kelantan dan kes pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.
Oleh itu, katanya, Pemuda Amanah percaya pelantikan Tommy mengendalikan kes-kes berprofil tinggi bukan atas faktor sokongan kepada parti politik tetapi berdasarkan kelayakan beliau mengkaji isu undang-undang selain kebijaksanaan berhujah.
BACA: Hentikan percanggahan lantikan Peguam Negara
BACA: Isu lantikan Peguam Negara akan diselesai ikut Perlembagaan - Dr Mahathir
BACA: Isu Peguam Negara: Raja-Raja Melayu dijangka bersidang pada Selasa
BACA: Tiada peruntukan Peguam Negara perlu Melayu - Hanipa
“Kepakaran Tommy akan membantu negara dalam mengendalikan kes seperti 1MDB dan penelitian semula perjanjian-perjanjian yang dimeterai kerajaan sebelum ini yang merugikan negara,” katanya.
Selain itu, beliau juga mencadangkan Tommy dilantik sebagai senator.
"Menurut Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, Tommy boleh dilantik sebagai ahli parlimen di Dewan Negara dan seterusnya dilantik sebagai Peguam Negara untuk memenuhi hasrat Harapan meletakkan peguam negara di bawah Parlimen," katanya.
Terdahulu, surat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memohon perkenan agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas masih belum mendapat maklum balas dari pihak istana.
Sinar Harian
Sun Jun 03 2018
![Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515250515_FaizFadzil.jpg)
FAIZ: Kepakaran Tommy akan membantu negara dalam mengendalikan kes seperti 1MDB dan penelitian semula perjanjian-perjanjian yang dimeterai kerajaan sebelum ini yang merugikan negara. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Mahfuz dilantik Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pengerusi LKIM Mahfuz dilantik Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pengerusi LKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681260181_TBMahfuzOmar.jpg)
Mahfuz dilantik Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pengerusi LKIM
Mohamad turut mengumumkan pelantikan Adun Behrang Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
![Mohd Hasbie lepas tanpa bebas tuduhan gagal maklum polis bantah kenaikan harga barang Mohd Hasbie lepas tanpa bebas tuduhan gagal maklum polis bantah kenaikan harga barang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681889374_HasbieMuda.jpg)
Mohd Hasbie lepas tanpa bebas tuduhan gagal maklum polis bantah kenaikan harga barang
Ini berikutan pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Hasbie, 35, yang juga ahli Dewan Negara.
![Tiada masalah jika PH mahu bincang dengan PN - Faiz Fadzil Tiada masalah jika PH mahu bincang dengan PN - Faiz Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647421298_FaizFadzil.jpg)
Tiada masalah jika PH mahu bincang dengan PN - Faiz Fadzil
Katanya, selepas beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, PH sepatutnya meramaikan sekutu untuk bertempur dengan satu musuh.
![Adakah hudud masih agenda perjuangan Pas? - Muhammad Faiz Adakah hudud masih agenda perjuangan Pas? - Muhammad Faiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/51549942547_FaizFadzil.jpg)
"Adakah hudud masih agenda perjuangan Pas?" - Muhammad Faiz
Muhammad Faiz berkata, pendirian sebenar Pas wajar dijelaskan ekoran dakwaan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilaporkan media sebelum ini.
![PRN Johor: Keputusan Pejuang bertanding solo akan untungkan UMNO - Faiz Fadzil PRN Johor: Keputusan Pejuang bertanding solo akan untungkan UMNO - Faiz Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640661205_TBFAIZFADZIL.jpg)
PRN Johor: Keputusan Pejuang bertanding solo akan untungkan UMNO - Faiz Fadzil
Adun Permatang Pasir itu menegaskan, khemah besar yang melibatkan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu dimulakan dalam PRN Johor.
![Adun Amanah Muhammad Faiz Fadzil nafi tuduhan cabul seorang wanita Adun Amanah Muhammad Faiz Fadzil nafi tuduhan cabul seorang wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71592467063_faizfadzil.jpg)
Adun Amanah Muhammad Faiz Fadzil nafi tuduhan cabul seorang wanita
Adun Permatang Pasir itu menjelaskan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.
![Malaysia perlu pelan pelaburan jangka panjang Malaysia perlu pelan pelaburan jangka panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61592743345_RapidPengerangJoho.jpg)
Malaysia perlu pelan pelaburan jangka panjang
Jika pada Januari lepas, ramai pemimpin korporat antarabangsa telah mengkritik kerajaan PN secara terbuka di LinkedIn atas kemerosotan negara dalam menarik pelaburan.
![Desakan pengeluaran caruman KWSP bukti hidup rakyat semakin tersepit Desakan pengeluaran caruman KWSP bukti hidup rakyat semakin tersepit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81588742957_IKS.jpg)
Desakan pengeluaran caruman KWSP bukti hidup rakyat semakin tersepit
Setakat akhir Oktober 2020 sahaja, aliran keluar bersih dana asing tahun ini menurut MIDF melonjak ke RM23 bilion berbanding RM11.41 bilion bagi tahun 2019.
![Muhyiddin tergugat kerana Pas tidak setia - Faiz Fadzil Muhyiddin tergugat kerana Pas tidak setia - Faiz Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/51549942547_FaizFadzil.jpg)
Muhyiddin tergugat kerana Pas tidak setia - Faiz Fadzil
Faiz mendakwa biarpun Pas bersetuju menyertai Perikatan Nasional (PN) tetapi parti itu tetap memberi keutamaan kepada Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan bersama UMNO.
![Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51592461609_faizfadzil.jpg)
Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina
Faiz menegaskan tindakan DAPSY itu tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain melanggar Perlembagaan Persekutuan.