Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pelantikan Mahfuz menerusi satu kenyataan media pada Rabu.
Selain Mahfuz, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
"Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan, pentadbiran, dan perkhidmatan.
"Saya yakin dengan pengetahuan, kredibiliti dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka dalam menerajui dan mengalas amanah serta tanggungjawab dalam menyokong dan memastikan pembaharuan selari dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya.
Dalam kenyataan itu, Mohamad turut mengumumkan pelantikan bekas ADUN Behrang Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman bin Ismail dilantik sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) manakala bekas ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharid Ali dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).