KUALA LUMPUR: Keperitan hidupnya sehingga terpaksa meminjam wang daripada kenalan antara kenangan pahit yang terpaksa ditempuhi Achmad Noorasyrul Noortaip, 36, sebelum bergelar usahawan berjaya.
Kini, selaku Pengasas dan Pengarah Urusan, Idolegacy Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat tempatan berpusat di Kota Kinabalu, Sabah, yang memfokuskan pembangunan sosioekonomi masyarakat, mencipta RideRunner, aplikasi Bike-Hailing yang pertama di negeri di bawah bayu itu.
Menceritakan pengalamannya ketika melanjutkan pengajian dalam Diploma Pengurusan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan, Sarawak, pada hujung tahun 2005, penerima Anugerah Tokoh Peminjam Berinspirasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu, berkata keluarganya sangat susah dan amat bersyukur kepada PTPTN kerana diberikan bantuan pinjaman.
"Sebenarnya saya dari keluarga yang serba kekurangan dari Kota Kinabalu. Ketika mendapat tawaran belajar, saya terpaksa meminjam ke sana sini. Bila sampai di UiTM, PTPTN ada buat program untuk pelajar baharu dan saya buat permohonan pinjaman pada masa itu dan berjaya terima pinjaman tersebut.
"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada PTPTN sebab saya memang tiada sumber lain dan sangat susah,"katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN, di sini, pada Khamis.
Achmad Norasyrul, yang menerima pinjaman sebanyak RM15,000 itu, bagaimanapun, berkata selepas tamat pengajian 2008, beliau tidak terus membuat bayaran balik namun mengambil masa beberapa tahun sebelum melangsaikan sekali gus pada tahun 2015.
"Ketika pengumuman diskaun sebanyak 20 peratus, saya terus mengambil peluang untuk bayar habis sekali gus," katanya yang amat bersyukur dan merasakan ia merupakan salah satu pencapaian yang amat membanggakan untuk beliau serta keluarga.
Sementara itu, bagi penerima Anugerah Keluarga Malaysia, generasi pertama, K. Tanaletchumy, 50, yang merupakan suri rumah, beliau telah membuka dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) pada tahun 2005 dengan wang perbelanjaan yang diberikan oleh suaminya.
"Saya menabung dalam Simpan SSPN dengan permulaan RM20 untuk pendidikan tiga anak dan pada 2014 telah menggunakan duit daripada simpanan untuk pelajaran anaknya, S.Sukanthi.
"Saya amat berterima kasih kepada PTPTN kerana dengan simpanan ini saya berjaya melanjutkan pelajaran anak dan kini Sukanthi pula mengikut jejak langkah saya dengan turut menabung dalam Simpan SSPN sebagai perancangan kewangan bagi anak-anaknya yang merupakan generasi ketiga," katanya.
Sukanthi, 30,merupakan generasi kedua yang kini berkhidmat sebagai doktor di sebuah klinik kerajaan di Tanjung Malim, Perak, pula berkata, beliau telah membuka akaun untuk anak-anaknya K.Dharrsan, 2, dan K.Jaanagan, lima bulan, masing-masing pada tahun 2020 serta 2022.
"Kita kena pilih tempat yang wajar untuk membuat simpanan dan PTPTN adalah platform yang dipercayai dan dijamin kerajaan," katanya.
Majlis Sambutan Jubli Perak 25 tahun PTPTN di Pusat Pameran dan Konvensyen MARTRADE, dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selain beliau turut melancarkan Kelab Simpanan Pendidikan PTPTN.
Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Haji Alamin, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Pengerusi PTPTN, Apli Yusoff dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Majlis yang dianjurkan adalah bertujuan untuk menghargai segala daya usaha dan pandangan jauh PTPTN sejak mula beroperasi pada 1 Nov 1997, bersesuaian dengan fungsinya yang termaktub di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 atau Akta 566.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022
Penerima Anugerah Tokoh Peminjam Berinspirasi bergambar bersama Perdana Menteri pada Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, 27 Julai 2022. --fotoBERNAMA
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Tokoh Peminjam Berinspirasi PTPTN kini bergelar usahawan berjaya
Memfokuskan pembangunan sosioekonomi masyarakat, Achmad Noorasyrul mencipta RideRunner, aplikasi Bike-Hailing pertama di Sabah.
Industri francais mampu berkembang pesat di Sabah, Sarawak
Nanta berkata, pendedahan industri francais belum mencapai tahap memuaskan di Sabah dan Sarawak.