MELAKA: Teruja dan bangga. Itulah perasaan seorang bekas pendidik, Husin Chek, 65, apabila bekas pelajarnya Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali sendiri menyampaikan Anugerah Tokoh Guru 2022 kepadanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru peringkat negeri di sini hari ini.
Husin, yang berkhidmat sebagai guru selama 38 tahun berkata beliau pernah mengajar Sulaiman subjek Sains ketika beliau bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Alor Gajah selama dua tahun dari tahun 1983.
Anak kelahiran Kampung Rumbia, Alor Gajah itu berkata ucapan terima kasih yang diucapkan Sulaiman ketika menyampaikan anugerah berkenaan merupakan suatu momen indah yang akan dikenang sehingga ke akhir hayatnya.
"Siapa sangka pelajar yang pernah saya didik dulu hari ini sampaikan anugerah kepada saya. Memang beliau bukan seorang sahaja pelajar saya yang berjaya tetapi ia kenangan yang indah buat saya," katanya yang kini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk menerusi pertubuhan Kasih Asnaf Foodbank.
Husin merupakan salah seorang daripada tiga Tokoh Guru Negeri Melaka 2022 yang menerima anugerah berkenaan selain Jamil Jaamat dan Nubah Aton.
Ketiga-tiga tokoh itu masing-masing menerima plak, sijil penghargaan dan wang tunai RM3,000.
Husin berkata selepas bersara pada 2015, beliau meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat menerusi gerakan bank makanan yang diasaskannya itu dalam usaha membantu golongan asnaf dan yang memerlukan untuk mendapatkan barangan keperluan terutama mereka yang hilang pekerjaan akibat penularan COVID-19 sebelum ini.
"Saya mempunyai latar belakang dalam bidang kaunseling, jadi perasaan ingin membantu orang yang memerlukan memang sentiasa ada. Jadi saya libatkan diri dengan aktiviti bantuan untuk merealisasikan hasrat ini," katanya.
Sementara itu, seorang lagi tokoh berkenaan, Jamil, 68, berkata pengalaman menjadi guru di beberapa sekolah di kawasan pedalaman merupakan cabaran amat berharga yang membentuknya menjadi seorang pendidik berjiwa kental dan sabar dalam mengharungi pelbagai onak dan liku selama 39 tahun bergelar seorang guru.
Anak kelahiran Limbongan di sini berkata tugas seorang guru adalah amanah paling berat yang perlu digalas sepenuh jiwa dan raga selain ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mereka.
"Orang akan lihat kejayaan seorang guru berdasarkan kejayaan anak murid mereka tidak kira bidang apa yang mereka ceburi," katanya yang pernah menjawat jawatan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek dari 2006 hingga 2015.
Mengulas penganugerahan yang diterimanya sebagai Tokoh Guru 2022, beliau berkata ia merupakan satu penghargaan yang sangat berharga buat dirinya yang pernah bergelar sebagai pendidik dan kenangan itu tidak akan dilupakannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022
Husin (kiri), yang berkhidmat sebagai guru selama 38 tahun berkata pernah mengajar Sulaiman selama dua tahun dari tahun 1983. - Gambar/ Bernama
Pelarasan gaji, LHDN jangka pembayar cukai bertambah
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.
Pelabur asing kembali, catat belian bersih RM299.6 juta
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia berikutan jualan besar-besaran pada minggu lepas dan mencatat pembelian bersih ekuiti Malaysia berjumlah RM299.6 juta.
Jokowi diberi penghormatan tertinggi pemerintah Palestin
Presiden Indonesia Joko Widodo dianugerahkan penghormatan tertinggi daripada pemerintah Palestin.
Telur goreng disyaki punca keracunan makanan di SBP
Keracunan makanan melibatkan 32 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Terengganu disyaki berpunca daripada telur goreng yang didakwa telah berubah bau dan rasa.
Perdagangan meningkat 18.3 peratus pada Julai
Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Julai 2024, meningkat 18.3 peratus, kadar terpantas dalam tempoh 21 bulan. Menurut perangkaan terkini Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dari segi nilai, ia berjumlah RM255.88 bilion, nilai perdagangan tertinggi direkodkan sejak Oktober 2022.
MITI sasar tarik pelaburan RM300 bilion menjelang 2030
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau (GIS).
5.9 peratus jauh baik daripada kebanyakan negara Asia - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pencapaian yang memberangsangkan itu dicapai hasil kesepakatan semua termasuk Kerajaan Persekutuan, Negeri, pihak swasta serta rakyat.
Kerajaan lancar PuTERA35, angkat martabat Bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras sejajar dengan Ekonomi Madani iaitu pertama, memperkukuh pasak ekonomi negara; memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi; serta menegakkan keadilan sosial.
Sasar warga China, Thailand, sindiket ejen haram tawar perkhidmatan imigresen 'online' tumpas
JIM berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen melalui media sosial yang beroperasi selama sebulan.
Pelanggaran kapal, China dan Filipina saling tuding jari
Filipina dan China menuding jari antara satu sama lain dalam kejadian rempuhan kapal yang berlaku di kawasan yang dipertikaian di Laut China Selatan yang berlaku pada awal Isnin.
Tokoh Guru teruja, bangga terima anugerah daripada bekas pelajar kini Ketua Menteri Melaka
Husin, yang berkhidmat sebagai guru selama 38 tahun berkata pernah mengajar Sulaiman selama dua tahun dari tahun 1983.
Guru diseru lipatganda usaha lonjak kualiti pendidikan negara
Ketika ini, pencapaian pendidikan negara secara keseluruhannya masih berada di bawah paras pencapaian purata negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).