SUNGAI BULOH: Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah diberkas bersama lebih 41 kilogram (kg) heroin bernilai RM550,000 di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam di sini pada Selasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, tangkapan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (JSJN IPK KL) bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Serbuan Op Snowshoe dijalankan kira-kira jam 5 petang itu memberkas seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut telah menjumpai tiga kotak yang berisi 90 bungkusan dadah jenis heroin," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, suspek diberkas sewaktu menunggu pelanggan yang ingin mendapatkan bekalan dadah tersebut.
"Siasatan mendapati suspek bergerak aktif sejak tiga bulan yang lepas.
"Bekalan dadah jenis heroin ini dipercayai diproses di sekitar Lembah Klang dan pihak JSJN KL masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti saki-baki ahli sindiket," katanya.
Menurutnya, saringan dijalankan mendapari suspek negatif dadah.
"Suspek yang masih bujang ini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama.
"Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod narkotik atau rekod jenayah," katanya.
Ujar Azmi, suspek telah direman selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 November 2022 di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kejayaan ini adalah hasil maklumat awam yang disalurkan kepada JSJN IPK KL.
"Dadah dirampas ini adalah untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan mampu menampung penggunaan lebih 80,000 orang pengguna," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 25 2022
Antara bungkusan berisi dadah jenis heroin yang dirampas dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam di sini pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh
Sebahagian bumbung Unit Hemodialisis di Hospital Pasir Mas runtuh lewat malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
The Economy: PuTERA35: Needs Rigour, Fairness, Self-Awareness
Lee Hwok Aun, Senior Fellow at ISEAS – Yusof Ishak Institute, examines PuTERA35, emphasizing the need for rigor, fairness, and self-awareness in its approach and implementation.
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Khazanah: Nisbah pelaburan di Malaysia akan kekal lebih 60 peratus
Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan berkata, portfolio dana kekayaan berdaulat itu akan memastikan nisbah pelaburannya kekal melebihi 60 peratus di Malaysia. Pihaknya juga akan sentiasa memantau dan mengimbangi semula portfolio pelaburan dengan sewajarnya untuk mencapai pulangan optimum berdasarkan pendedahan risiko semasa.
Tokan heroin diberkas, dadah bernilai RM550,000 dirampas
Serbuan Op Snowshoe dijalankan kira-kira jam 5 petang itu memberkas seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun.