KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) terus memberi komitmen dalam hala tuju kelestarian syarikat menerusi aspirasi untuk mencapai pelepasan sifar bersih (net zero emissions) menjelang tahun 2050 dengan memperkukuhkan usaha terhadap inisiatif ke arah dekarbonisasi dan peralihan Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy).
Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, langkah dilaksanakan firma utiliti nasional tersebut juga antara lain adalah bagi menyahut agenda negara ke arah matlamat kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (Environmental, Social and Governance (ESG).
“Ini merupakan pelan jangka panjang syarikat, kita akan menggerakkan usaha ini dengan mengalihkan penjanaan elektrik yang bergantung kepada bahan api seperti arang batu dan gas ketika ini kepada sumber RE iaitu hidro dan solar (daripada matahari).
“Sumber-sumber ini kita akan pastikan ia dapat memberi impak yang sebaiknya terhadap kesejahteraan rakyat.
“Syarikat turut memberi komitmen untuk membangunkan satu ekonomi berbentuk hijau yang membolehkan rakyat sama-sama bekerja; ini tanggungjawab sosial yang ingin didokong bersama untuk negara,” katanya ketika menjadi tetamu program AWANI Pagi pada Khamis.
SIFAR BERSIH MENJELANG TAHUN 2050
TNB menyasarkan untuk mencapai 8,300MW RE menjelang tahun 2025 serta 35 peratus pengurangan intensiti pelepasan karbon menjelang 2035.
Adaptasi teknologi RE itu adalah seperti panel solar fotovoltaik (PV) dan stesen mengecas kenderaan elektrik (EV) dikuasakan oleh grid.
Menurut Megat Jalaluddin, pelaksanaan RE tidak hanya memberi manfaat kepada kelangsungan sumber bahan mentah, sebaliknya turut memperkasakan pelanggan kediaman, komersial dan perindustrian dengan solusi lebih hijau.
Tambahnya, komitmen ini bukan semata-mata untuk memastikan kemampanan TNB (lestari dari sudut kewangan) tetapi juga syarikat mengambil kira tentang sudut kemanusiaan (people) dan alam sekitar (planet).
“Pengguna diberi peluang bagi menjana tenaga elektrik sendiri dengan memasang solar di atas bumbung kediaman dan premis masing-masing. Selaras dengan itu, TNB menubuhkan satu anak syarikat, GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX) bagi memacu usaha tersebut.
“Menerusi kolaborasi dengan pelanggan, kita turut menawarkan satu pakej dipanggil zero capex (sifar perbelanjaan modal) di mana modal diperlukan untuk memasang solar akan ditanggung sepenuhnya oleh GSPARX ,” ujarnya.
JANA PENDAPATAN MENERUSI SISTEM SOLAR
Di samping itu, melalui program NEM (Net Energy Metering), sekiranya terdapat lebihan tenaga elektrik yang dijana menerusi panel solar tersebut, pelanggan boleh mengeksport lebihan tenaga tersebut ke grid TNB.
Beliau berkata, menerusi kajian dilaksanakan, jika inisiatif pemasangan solar panel ini dirancakkan ke seluruh negara, ia mampu memperoleh sebanyak 40GW penjanaan elektrik berdasarkan sumber hijau.
Mereka yang tinggal di kondominium juga boleh turut terlibat dalam inisiatif ini melalui program Green Electricity Tariff (GET) diperkenalkan oleh TNB atas kelulusan Suruhanjaya Tenaga. Pelanggan TNB boleh membeli tenaga hijau ini melalui GET bagi mengurangkan jejak karbon mereka dalam penggunaan elektrik.
Sementara itu, jelas Megat Jalaluddin, langkah kelestarian ESG dilaksanakan TNB turut dapat membantu pelbagai lagi industri seperti pengangkutan.
“Sebagai usaha peralihan kenderaan ICE (enjin pembakaran dalam) ke kereta elektrik, TNB berperanan penting untuk menyediakan infrastruktur stesen pengecasan EV serta membekalkan tenaga elektrik kepada pengecasan ini.
“Dalam sektor pengangkutan ini, kita perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak dan peranan kami jelas namun sokongan serta kolaborasi daripada ekosistem secara kolektif adalah sangat penting,” katanya.
Ketika ini, menerusi usaha tersebut, TNB telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan syarikat-syarikat seperti DHL Express, SOCAR, Sime Darby Motors dan Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Bhd. (PLUS).
Haikal Raman
Thu Oct 06 2022
Pelaksanaan RE tidak hanya memberi manfaat kepada kelangsungan sumber bahan mentah, malah memperkasakan pelanggan kediaman, komersial dan perindustrian dengan solusi lebih hijau. - Foto TNB
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
TNB komited pacu peralihan tenaga ke arah matlamat kelestarian ESG
TNB komited menyahut agenda negara ke arah matlamat kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (Environmental, Social and Governance (ESG).