MELAKA: Kerajaan Melaka memperkenalkan kaedah baharu bagi cabutan bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menerusi pembelian cenderamata khas TMM2024, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata kupon cabutan bertuah akan disertakan bersama dengan pembelian cenderamata seperti kemeja-T, topi, koleh, tuala muka, beg dan mainan lembut Tuah dan Teja.
"Cenderamata ini boleh didapati di semua kawasan tumpuan pelancong dan inisiatif ini dibuka kepada semua peniaga di pusat pelancongan serta penarik beca yang berminat untuk menjual cenderamata TMM2024," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Selasa.
Ab Rauf berkata cabutan bertuah menggunakan kupon itu dilaksanakan bagi memberi lebih peluang kepada orang ramai yang mengunjungi negeri itu sempena TMM2024 berbanding syarat dikenakan sebelum ini.
Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan lapan kereta, 20 motosikal, dua bot serta pelbagai barangan elektrik sebagai hadiah bagi cabutan bertuah berkenaan yang akan dilancarkan secara rasmi pada 15 April depan.
Sementara itu, sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 20 Feb depan, Ab Rauf berkata kerajaan Melaka menawarkan kemasukan percuma di beberapa tempat tarikan pelancongan.
Beliau berkata antara tempat tarikan pelancongan itu ialah Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, muzium-muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Zoo Melaka, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka Wonderland and Theme Park, Taman Laut Negeri Melaka, lima kelab golf yang menawarkan 'green fees' percuma, Muzium Penjara Malaysia Melaka dan Malaysia Heritage Studios.
Menurut Ab Rauf tempat meletak kenderaan juga akan diberikan secara percuma pada hari berkenaan di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.
"Kerajaan negeri juga akan mengadakan Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina 2024 di pekarangan Pentas Jonker Walk pada 22 Feb bermula 7 hingga 10.30 malam.
"Selain itu, pertandingan memancing dan memasak ikan air tawar juga akan diadakan pada 25 Feb ini di Sungai Melaka Fasa Dua dengan juara berpeluang memenangi wang tunai RM30,000 serta pelbagai cabutan bertuah termasuk bot," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024

Ab Rauf berkata cabutan bertuah menggunakan kupon itu dilaksanakan bagi memberi lebih peluang kepada orang ramai yang mengunjungi negeri itu sempena TMM2024 berbanding syarat dikenakan sebelum ini. - Gambar Bernama

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha
Usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai
Sebagai pintu masuk rantau ini, Paetongtarn berkata Thailand dan Malaysia berada dalam kedudukan yang unik bagi pelaksanaan inisiatif ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.

Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.