Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 akan diangkat sebagai agenda nasional yang mampu melonjakkan sektor perkhidmatan di negara ini.
Dengan sasaran kedatangan 28 juta pelancong antarabangsa, pendapatan sektor pelancongan dijangka meningkat 12.5 peratus kepada RM76 bilion tahun depan.
Menurut Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Musa Yusof, semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta kini bersedia menerima kehadiran pelancong dengan pelbagai persiapan sejak Januari 2013 lagi.
Menerusi Plan Transformasi Pelancongan Malaysia, negara dijangka menerima 36 juta pelancong dengan menjana pendapatan bernilai RM168 bilion menjelang 2020.
Musa ditemui selepas Majlis Pelancaran Karnival Detik Kira TMM 2014 di Putrajaya.
Sebanyak tiga buah bas ‘KL Hop On-Hop Off’ yang membawa kakitangan agensi pelancongan dan media berkonvoi ke Pulau Pinang bagi mempromosikan TMM2014.
Astro Awani
Sat Dec 28 2013
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Malaysia promosi Hutan Royal Belum di Berlin
Hutan Royal Belum dipromosikan sebagai destinasi ekopelancongan baharu Malaysia di Bursa Pelancongan Antarabangsa pada Rabu.
Nazri akan ke Sri Lanka, India untuk 'jual' Malaysia
Misi mempromosi Malaysia selama 10 hari bermula 10 Mac itu meliputi Colombo di Sri Lanka dan empat bandar raya di India iaitu Kochi, Bengaluru, Mumbai dan New Delhi.
Malaysia, destinasi utama bagi Uzbekistan
Rakyat Uzbekistan merasa selamat, terjamin dan mereka bebas menikmati percutian mereka serta melawat seluruh negara.
Fakta tentang Malaysia yang berkemungkinan besar tidak diketahui ramai
Sejauh manakah anda tahu Malaysia? Ketahui fakta-fakta menarik tentang negara berbilang kaum ini yang mungkin anda telah terlepas!
Malaysia mensasarkan 28 juta pelancong tahun ini
Sasaran itu dijangka tercapai berikutan peningkatan kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Festival Layang-layang Sedunia di Pasir Gudang tarik 10,000 pengunjung
Lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahkan suasana Festival Layang-layang Sedunia kali ke-19 di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor.
Lonely Planet iktiraf Pulau Pinang tempat makan terbaik 2014
Penerbitan panduan pelancongan global, Lonely Planet menyenaraikan Pulau Pinang sebagai tempat makan terbaik bagi tahun 2014.
10 hotel di Malaysia dicalonkan Anugerah Hotel Hijau Asean 2014
Malaysia mencalonkan 10 hotel di seluruh negara untuk menerima Anugerah Hotel Hijau Asean sempena ATF 2014.
Melaka tambah 20,000 bilik hotel dalam tempoh 3 tahun
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata setakat ini Melaka mempunyai hanya 7,500 bilik dan ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelancong yang kian meningkat.
Kerajaan negeri ingin memastikan Melaka terus popular
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, disasarkan seramai 15 juta pelancong datang ke Melaka.