Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan agar kerajaan negeri dapat membangunkan modul pendidikan yang menggalakkan perpaduan ‘Bangsa Johor’.
“Pada masa akan datang, tidak ada lagi sekolah India, Cina, Melayu di negeri Johor.
“Tetapi (negeri ini) akan ada sekolah Bangsa Johor. Daripada kecil mereka akan diajar macam mana untuk bersatu, menghormati agama antara satu sama lain, menghormati bangsa dan kaum-kaum lain,” kata beliau dalam satu rakaman dialog yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad.
Beliau turut bertanyakan jika sekolah jenis kebangsaan menggalakkan perpaduan antara rakyat Malaysia.
“Malaysia pun ada 1Malaysia. Awak (wartawan) beri saya satu jawapan, mana 1Malaysia?
“Ada sekolah India, ada sekolah Cina, ada sekolah Melayu. Daripada kecil mereka sudah diajar untuk jangan bersatu, dan selepas itu apabila sudah besar mereka disuruh bersatu,” katanya dalam sesi dialog itu.
Dalam perkembangan lain, sesi dialog itu turut menyentuh tentang penyerahan ‘pendrive’ kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Katanya, tujuan itu adalah bagi menyelesaikan masalah di dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dan bukanlah untuk menghukum FAM.
TMJ juga mahu agar individu-individu yang terbabit dalam salah laku teknikal seperti dalam isi kandungan 'pendrive' itu berundur dengan cara baik tahun depan.
Syafique Shuib
Sun Sep 04 2016
Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertanyakan jika sekolah jenis kebangsaan menggalakkan perpaduan diantara rakyat Malaysia.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Johor lancar Progam Semarak Subuh bermula Jumaat ini
Inisiatif Program Semarak Subuh melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.
Johor catat RM10.6 bilion pelaburan diluluskan bagi suku pertama 2023
Pencapaian itu amat membanggakan seluruh Bangsa Johor dengan peningkatan tiga kali ganda berbanding suku pertama tahun lepas berjumlah RM3.2 bilion bagi jumlah pelaburan yang diluluskan.
Jangan cuba pecah belah perpaduan Bangsa Johor - Sultan Ibrahim
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah menegaskan jangan ada pihak yang mencuba sebarang usaha untuk memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor.
Fatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor - Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, fatwa berkenaan tidak menjejaskan sama sekali konsep Bangsa Johor yang mengamalkan toleransi, persefahaman dan perpaduan.
Johor rancang perkenal majlis rumah terbuka Bangsa Johor
Penganjuran itu dilihat dapat menjadikan masyarakat berasa lebih dekat dengan aset di bawah YWJ termasuk muzium.
Jangan mengaku Bangsa Johor kalau tidak kenal apa itu air katira
Populariti air katira dalam kalangan Bangsa Johor sungguh menakjubkan.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.
Kenyataan berbaur politik kepartian berasas kekuatan silam sudah tidak relevan - PN Johor
Kenyataan yang berbaur kekuatan politik kepartian berasaskan kekuatan silam sudah tidak releven dalam suasana senario politik semasa.
Ikatan Anak Mersing hargai keprihatinan TMJ dalam pembangunan belia di Johor
Tunku Ismail disifatkan antara watak penting dalam pembangunan golongan belia sejak dahulu lagi.
TMJ mahu belia sampaikan 'suara' kepada pemimpin negara
Tunku Ismail bertitah peranan anak muda amat penting dalam menyampaikan pandangan demi memastikan kelangsungan perpaduan dan kemajuan ekonomi negara ini.