KUALA LUMPUR: Seorang pengurus di sebuah syarikat jual beli kereta dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menipu seorang ahli peniagaan berhubung urusan penjualan kereta membabitkan kerugian RM257,900.
Hakim Ahmad Kamar Jamaludin menjatuhkan hukuman ke atas Azri Asyraf Wahid, 33, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan pada sebutan kes hari ini dan memerintahkan hukuman penjara tiga tahun dengan satu sebatan bagi setiap pertuduhan berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 17 Mac lepas.
Mengikut kesemua pertuduhan, Azri Asyraf didakwa menipu Leong Meng Loon, 34, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tertuduh merupakan pengarah Syarikat G-Mart Autoworld Sdn Bhd bagi urusan penjualan tiga kereta sedangkan tertuduh mengetahui bahawa kereta itu tidak wujud dan tidak dapat dijual.
Perbuatan itu mendorong mangsa memindahkan wang berjumlah RM257,900 ke dalam akaun bank milik tertuduh di mana mangsa tidak akan menyerahkan wang itu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Syarikat Oncar Sdn Bhd di Batu 4 Jalan Klang Lama, Brickfields di sini pada 4.31 petang dan 5.24 petang, 5 dan 6 Feb lepas mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira kerugian dialami mangsa selain memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak terlibat dalam jenayah penipuan namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia penanggung tunggal keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat di Jalan Klang Lama, Brickfields. - Gambar hiasan
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Ruben Amorim teruja mulakan tugas di Manchester United
Pengurus berusia 39 tahun itu menamatkan karier cemerlangnya bersama kelab Portugal itu dengan memenangi 164 daripada 231 perlawanan.
Manchester United pecat Erik ten Hag
United tewas buat kali keempat dalam Liga Perdana Inggeris musim ini pada Ahad dengan West Ham United.
EPL: Tuchel tarik diri jadi jurulatih baru Man Utd
Bekas jurulatih Chelsea itu tiada perancangan untuk mengambil alih tugasan selaku pengurus untuk Manchester United.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Mauricio Pochettino dilantik sebagai pengurus Chelsea
Ia menamatkan proses hampir dua bulan untuk mencari pengganti tetap Graham Potter, yang dipecat pada April.
Ferguson, Wenger dua pengurus pertama dalam Hall of Fame EPL
Dua bekas pengurus yang pernah berseteru itu tersenarai untuk menyertai Hall of Fame EPL, yang mula diperkenalkan pada 2021.
Zidane akui karier sebagai pengurus belum berakhir
Pengendali kelahiran Perancis ini meninggalkan Santiago Bernabeu buat kali kedua pada penghujung musim 2020-21.
Bekas pengurus Man Utd, Frank O'Farrell meninggal dunia
O'Farrell dikenali sebagai pengurus United yang menggantikan Matt Busby pada tahun 1971.
Watford lantik Hodgson ganti Ranieri
Hodgson mengambil alih jawatan Claudio Ranieri semalam selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.
Carrick umum tinggalkan Manchester United
Bekas pemain tengah United itu memainkan peranan sebagai pengurus sementara selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.