IPOH: Seorang penolong eksekutif kanan Felcra Berhad didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah memperdayakan Pejabat Tanah dan Daerah Perak Tengah, melibatkan permohonan tanah, dua tahun lepas.
Tertuduh, Rosnani Hashim, 55, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan, di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.
Beliau juga berdepan hukuman sebulan penjara, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Rosnani didakwa dengan curang telah mendorong seorang Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah untuk mempercayai bahawa seorang wanita lain, telah membuat permohonan tanah pada 24 April 2019.
Permohonan berkenaan untuk tanah pertanian bagi tanaman kelapa sawit di Mukim Bota, tempat Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) Suak Sodang, sedangkan tertuduh mengetahui ia adalah tidak benar.
Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan tertuduh di Parkir Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar Perak kira-kira 11.20 pagi pada 2 Sept 2021.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah berjumlah RM6,000 dilucut hak di bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kepada kerajaan.
Tertuduh kemudiannya membayar denda berkenaan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Tertuduh, Rosnani Hashim, 55, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan, di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.
FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.
Kerajaan akan mohon larang semua pihak bersuara isu Titah Adendum Najib
Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili kerajaan berkata, permohonan dibuat kerana kes tersebut menyentuh isu sensitif.
Ibu muda bersama bayi yang dilaporkan hilang ditemukan selamat
Ibu muda yang dilaporkan hilang bersama bayi perempuannya berusia dua bulan di Felda Sungai Kelamah, Seremban pada Jumaat lepas, ditemukan selamat.
Ketua Wanita UMNO Setiawangsa, Seriwani Sabtu meninggal dunia
Menurutnya, pemergian Seriwani merupakan satu kehilangan besar dalam parti yang telah aktif sejak penubuhan Puteri UMNO.
2024 disahkan tahun paling panas
TAHUN 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan.
JPJ periksa 34 Puspakom, sita kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
JPJ memeriksa 37 Puspakom menerusi Ops Khas di seluruh negara serta menyita kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
AS perketat sekatan minyak Rusia ke China, India
Penapisan minyak di China dan India dijangka beralih ke sumber minyak dari Timur Tengah, Afrika, dan benua Amerika, menyebabkan kenaikan harga minyak dan kos pengangkutan.
Langkah ini berlaku susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat terhadap pengeluar minyak Rusia dan 183 kapal tangki yang menghantar minyak ke Asia.
Langkah ini berlaku susulan sekatan baharu oleh Amerika Syarikat terhadap pengeluar minyak Rusia dan 183 kapal tangki yang menghantar minyak ke Asia.
Kebakaran Di LA Ragut 14 Nyawa, Ribuan Dipindahkan Brazil, Minais Gerais, Tanah Runtuh, Bencana Alam, Buletin AWANI
Sejak Selasa, enam kebakaran serentak telah melanda Los Angeles, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 kematian dan 16 orang lagi dilaporkan hilang.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya tujuh mangsa maut akibat tanah runtuh di Ipatinga, Minas Gerais, Brazil, pada Ahad.
Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.
Menurut media tempatan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan.
AWANI Ringkas: Bermula 20 - 24 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kawalan internet di kalangan anak-anak, apa batasannya?
Kawalan internet di kalangan anak-anak bukanlah satu cabaran yang tidak dapat diatasi oleh ibubapa masa kini.