KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang berpandangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat pasca pandemik COVID-19.
Semasa sesi perbahasan RMK-12 di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pula menyifatkan RMK-12 sebagai "ibu segala perancangan" kepada pemulihan daripada impak penularan COVID-19 yang perlu digarap secara lengkap dan menyeluruh.
Katanya kerajaan perlu menukar pendekatan atas ke bawah kepada bawah ke atas iaitu mengambil kira pandangan rakyat dalam menyediakan usaha pemulihan yang sejajar dengan tema RMK-12 iaitu Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan.
"Kita tidak boleh lagi Putrajaya (Kerajaan Persekutuan) tahu dan lihat semua , Putrajaya tahu segalanya... perlu setiap Ahli Parlimen mainkan peranan masing-masing tidak mengira parti untuk bantu kerajaan selesaikan perancangan pemulihan bencana.
"Jangan kita terlalu ghairah dalam pembangunan fizikal sehingga kita lupa golongan rentan yang memerlukan bantuan," katanya.
Sementara itu, Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) berpendapat data mengenai penurunan kelas pendapatan daripada M40 kepada B40 perlu diperhalusi dengan lebih terperinci dengan pendekatan mikro bagi memahami keadaan yang ditanggung isi rumah M40 berikutan pandemik COVID-19.
Beliau mencadangkan kerajaan agar mengkaji dengan lebih terperinci mengenai komposisi serta profil isi rumah yang terjejas meliputi lokasi tempat tinggal, profil pekerjaan dan komitmen yang ditanggung.
"... ini bagi memastikan bantuan yang diberikan lebih bersasar dan mampu membuat penilaian yang lebih tepat terhadap jenis dan bentuk bantuan yang diberikan," katanya.
Dalam usaha membantu usahawan bumiputera B40 pula, beliau mencadangkan lebih banyak bantuan dalam bentuk geran diberikan berbanding dalam bentuk pembiayaan atau pinjaman kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mahu memohon pinjaman atau pembiayaan berikutan tidak mampu membayar pinjaman yang ditawarkan.
Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) pula berkata kerajaan perlu berusaha meningkatkan keselamatan persaraan rakyat dengan memastikan caruman masa depan mereka mencukupi.
Ini termasuk menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan tetap kerana kebanyakan rakyat berhadapan dengan ketidakcukupan simpanan persaraan disebabkan pendapatan mereka yang tidak stabil.
"Kita perlu fikir apakah dasar ekonomi untuk pesara Malaysia, bagaimana mereka boleh mengurangkan retirement crisis (krisis persaraan) kerana angka warga emas di negara ini semakin meningkat dan dengan simpanan persaraan yang kurang bagaimana mereka mahu survive (meneruskan kehidupan)," katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) pula mahu kerajaan mengambil serius isu pembukaan sekolah kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada negara dan masyarakat sekiranya pelajar tidak dapat menghadiri sesi persekolahan secara sempurna.
Beliau berkata Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) menganggarkan 1.6 bilion pelajar dalam 190 negara seluruh dunia, tidak dapat hadir ke sekolah akibat pandemik dan perkara itu akan menyebabkan implikasi serius.
"Sebelum pandemik pun ada pelajar yang naik sampai darjah enam tetapi tidak boleh membaca dan pandemik COVID-19 (yang menyebabkan ramai pelajar tidak dapat hadir ke sekolah) boleh menambah golongan itu," katanya.
Dr Wan Azizah berkata peningkatan murid yang tidak boleh membaca akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan mereka selain kualiti dan produktiviti negara pada masa hadapan.
Persidangan dewan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021
![Tingkat kualiti hidup rakyat pasca COVID-19 dalam RMK-12 Tingkat kualiti hidup rakyat pasca COVID-19 dalam RMK-12](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631724228_BangunanParlimen.jpg)
Setiap Ahli Parlimen, tanpa mengira parti, perlu mainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan menyelesaikan perancangan pemulihan bencana, kata Azalina. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693562993_AnwarIbrahim.jpg)
Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.
![Kajian separuh penggal RMKe-12 unik, perlu dinilai seratus peratus - Rafizi Kajian separuh penggal RMKe-12 unik, perlu dinilai seratus peratus - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691145421_RafiziRamli.jpg)
Kajian separuh penggal RMKe-12 "unik", perlu dinilai seratus peratus - Rafizi
Kajian separuh penggal bagi rancangan lima tahun Malaysia kali ini perlu dinilai seratus peratus kerana tanggapan ataupun perancangan yang dibuat sebelum COVID-19 sudah tidak boleh lagi dipakai.
![Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684574445_TBChangLihKang.jpg)
Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.
![KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658790942_MahdzirKhalid.jpg)
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
![Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637557794_MustapaMohamedMen.jpg)
Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa
Kerajaan komited mahu hapuskan golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan empat ahli keluarga, menjelang 2025.
![Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637637094_IsmailSabriYaakob.jpg)
Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM
Kemerosotan itu dari kedudukan ke-19 pada tahun 2010 kepada kedudukan ke-47 pada tahun 2021.
![PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632472758_BasEkspress.jpg)
PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit
Keputusan sama ada diluluskan atau sebaliknya masih belum diketahui.
![Dewan Negara lulus usul RMK12 Dewan Negara lulus usul RMK12](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634818083_TBISMAILSABRI.jpg)
Dewan Negara lulus usul RMK12
Dewan Negara hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025.
![Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634624012_klcc.jpg)
Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion
Senada dengan REHDA, CGS-CIMB berkata prospek penambahan semula sektor pekerjaan dijangka semakin baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2021 dan separuh pertama tahun depan.
![RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634506690_RMK.jpg)
RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu
Ia bagi meningkatkan kesinambungan dan akses yang lebih baik kepada infrastruktur asas, ameniti dan perkhidmatan.