Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid menyokong penuh agar pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang mencadangkan Sabah keluar dari Malaysia.
Beliau berkata, perjuangan untuk merdeka bukan mudah sebaliknya memerlukan proses dan mengambil masa yang panjang serta sukar oleh pemimpin terdahulu.
"Dahulu dan kini telah banyak perubahan, banyak bandar raya dibangunkan oleh pemimpin kita. Perjuangan nenek moyang termasuk, bapa kemerdekaan negara, semuanya untuk melihat negara ini aman sejahtera seperti dinikmati pada masa kini," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika merasmikan Majlis Mega Raya, Aktiviti Kebajikan dan Pra Pelancaran syarikat Born For Success (BFS) Sdn Bhd peringkat negeri di sini hari ini.
Jainab berkata, media sosial tidak harus disalahgunakan untuk menghasut atau mengganggu gugat keamanan negara dan masyarakat di negara ini khususnya di Sabah perlu mencontohi negara Jepun dalam membangunkan ekonomi negara mereka.
Katanya, negara Jepun amat menitik beratkan aspek hormat menghormati di antara satu sama lain dan ia wajar dicontohi.
Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak mahu mendengar ada suara yang dibangkitkan kumpulan kecil namun lantang kononnya tiada apa-apa kemajuan di Sabah dan mencadangkan Sabah keluar dari Malaysia.
Dalam pada itu, Jainab amat menghargai hasil usaha BFS iaitu antara syarikat bumiputera yang berjaya dalam mengembangkan perniagaannya dan pada masa sama turut berkongsi kejayaan bersama golongan yang kurang bernasib baik.
Sementara itu, Pengurus Besar BFS, Musilin Andipa berkata perniagaan yang berasaskan produk kesihatan itu yang menggunakan jenama D'Berkat diasaskan sejak dua bulan lalu telah mempunyai kira-kira 2,000 ahli di seluruh Asia.
Pada majlis itu, BFS turut menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim As-Sakinah Sabindo, Rumah Anak Yatim Titian Kasih Likas, Sekolah Rendah Al-Hafidz Tuaran, Ibu-ibu Tunggal dan Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut.
Bernama
Tue Sep 02 2014
JAINAB: Tindakan terhadap pihak cadang Sabah keluar dari Malaysia
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Tindakan terhadap pihak cadang Sabah keluar Malaysia
Datuk Jainab Ahmad Ayid menyokong penuh agar pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang mencadangkan Sabah keluar dari Malaysia.