Tindakan terhadap pengamal ajaran Syiah bukan berdasarkan individu atau parti politik tetapi kerana mereka telah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah memutuskan ajaran Syiah bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Sebab itu ulama meletakkan daripada sudut peraturan hukum tidak membenarkan untuk berpegang kepada mana-mana ajaran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara hari ini.
Jamil Khir juga tidak menafikan pelancong dan pelajar warga Iran di negara ini agak ramai yang mungkin membawa masuk fahaman Syiah melalui aktiviti kebudayaan seperti sambutan Hari Karbala.
Namun, tidak semua pelancong dan pelajar warga Iran menyebarkan fahaman Syiah mereka kepada warga tempatan, dan ada juga antara mereka berfahaman Sunni, katanya.
"Meskipun begitu Jakim dan Jain (Jabatan Agama Islam Negeri) akan sentiasa memantau setiap aktiviti mereka," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata sehingga kini terdapat 98 ajaran sesat di seluruh negara dan daripada jumlah itu sebanyak lima ajaran yang dikenal pasti masih aktif pada masa ini.
"Lima ajaran sesat yang masih aktif itu ialah Syiah, Al-Arqam/Rufaqa'/Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Pertubuhan Kerabat Raja Sakti (PKRS) iaitu penjenamaan semula dari Ajaran Azhar Wahab atau al-Mansur, Ajaran Tuhan Harun dan Ajaran Ilmu Makrifat Tok Kenali Pimpinan Haji Shaari bin Mohd Yusof," katanya.
Katanya berdasarkan rekod, daripada 2007 hingga tahun lepas, pendakwaan bagi kes yang melibatkan ajaran sesat adalah sebanyak 442 kes di seluruh negara.
Persidangan dewan bersambung esok.
Bernama
Mon Dec 16 2013
![Tindakan terhadap pengamal Syiah bukan berdasarkan individu, parti politik - Jamil Khir Tindakan terhadap pengamal Syiah bukan berdasarkan individu, parti politik - Jamil Khir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71374923152_295x200.jpg)
Bukan berdasarkan individu, parti politik, jelas Jamil Khir. - Foto BERNAMA
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714303933_TBPADIBERNAMA.jpg)
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
![KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023 KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705225903_TBJAILKHIR.jpg)
KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023
Peruntukan itu membabitkan pembinaan rumah sampah, pembelian tong roro, pendedahan serta latihan kepada penduduk di 12 Desa KEDA.
![Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678252773_SyedRazakSyedZain.jpg)
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
![PRU15: BN setuju beri laluan kepada PH di Parlimen Padang Serai PRU15: BN setuju beri laluan kepada PH di Parlimen Padang Serai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669996423_DatukSeriJamilKhi.jpg)
PRU15: BN setuju beri laluan kepada PH di Parlimen Padang Serai
BN bersetuju untuk memberi laluan kepada calon PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai.
![Muktamar Pas: Dakwaan UMNO tidak dijemput, Takiyuddin tampil dengan bukti Muktamar Pas: Dakwaan UMNO tidak dijemput, Takiyuddin tampil dengan bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662278570_MuktamarPasjumput.jpg)
Muktamar Pas: Dakwaan UMNO tidak dijemput, Takiyuddin tampil dengan bukti
Takiyuddin mendedahkan bukti berbentuk surat jemputan yang dihantar terus kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Muktamar Pas: UMNO Kedah nafi terima sebarang jemputan - Jamil Khir Muktamar Pas: UMNO Kedah nafi terima sebarang jemputan - Jamil Khir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662215486_BJAMILKHIR.jpg)
Muktamar Pas: UMNO Kedah nafi terima sebarang jemputan - Jamil Khir
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa isu ini perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk wujud terhadap UMNO.
![UMNO Kedah sokong Ismail Sabri sebagai PM hingga tamat penggal UMNO Kedah sokong Ismail Sabri sebagai PM hingga tamat penggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639806736_PengerusiBadanPerh.jpg)
UMNO Kedah sokong Ismail Sabri sebagai PM hingga tamat penggal
ketetapan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Ismail Sabri yang juga untuk memulihkan ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial.
![Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618989008_Najib.jpg)
Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu
![Pentadbiran Negeri Kedah bakal bertukar? Pentadbiran Negeri Kedah bakal bertukar?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589080927_ADUNPAS.jpg)
Pentadbiran Negeri Kedah bakal bertukar?
Pertemuan ini dilihat menyusuli kenyataan Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya pada Rabu, yang yakin parti itu akan mengambil alih pentadbiran negeri.
![Kes SRC: Najib mohon derma daripada Arab Saudi, bukan ditawar - Jamil Khir Kes SRC: Najib mohon derma daripada Arab Saudi, bukan ditawar - Jamil Khir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61580811216_NajibSRC.jpg)
Kes SRC: Najib mohon derma daripada Arab Saudi, bukan ditawar - Jamil Khir
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Tun Razak memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi, dan bukan ditawarkan oleh negara berkenaan.