Kerajaan Selangor akan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap syarikat konsesi yang melengah-lengahkan proses penstrukturan semula industri air di negeri itu.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata tindakan itu adalah untuk mengelakkan pengguna dan rakyat daripada menerima kesan kelewatan penyelesaian penstrukturan itu.
"Menteri (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) sendiri nyatakan dalam tempoh lima minggu, ada perjanjian yang perlu ditandatangani syarikat konsesi dengan kerajaan negeri untuk pelaksanaan penstrukturan industri air dan tempoh itu akan tamat dalam masa terdekat.
"Maka, kerajaan negeri mengambil ketetapan untuk mengenakan pendirian yang lebih tegas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditanya mengenai status proses penstrukturan semula industri air di Selangor.
"Kerajaan negeri akan keluarkan kenyataan rasmi esok berikutan tempoh menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan syarikat konsesi akan tamat dalam masa terdekat," katanya.
Ditanya mengenai permohonan pihaknya kepada kerajaan persekutuan untuk mendedahkan kepada umum kandungan perjanjian penstrukturan semula industri air,
Azmin berkata sehingga kini surat yang dihantar kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum berjawab.
"Saya dah hantar tiga minggu lepas kepada menteri mohon kerajaan pusat mendedahkan isi perjanjian penstrukturan tersebut.
Pada 18 Okt lepas, Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan kandungan perjanjian tersebut yang ditandatangani antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Selangor belum boleh didedahkan.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapatkan nasihat daripada Pejabat Peguam Negara.
Bernama
Sun Nov 09 2014
Kerajaan Selangor akan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap syarikat konsesi yang melengahkan proses penstrukturan semula industri air. -Gambar fail
Serangan Israel dari udara mengorbankan 30 rakyat Palestin
Serangan udara Israel yang dilancarkan pada Sabtu di Deir Al-Balah mengorbankan sekurang-kurangnya 30 mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, dengan ratusan yang lain cedera. Serangan itu disasarkan pada sebuah sekolah swasta yang dijadikan tempat perlindungan rakyat Palestin yang berpindah randah mencari tempat perlindungan.
Menteri Luar Rusia adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Langsung dari Vientiane, Laos wartawan Astro AWANI Syaff Shukri membawakan perincian lawatan rasmi Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ke Malaysia pada Ahad.
The Flow Country perangkap bagi jutaan karbon
The Flow Country yang terletak di kawasan tanah tinggi utara Scotland, diisytiharkan sebagai kawasan tanah gambut pertama yang menerima pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO. Kawasan yang terbentang seluas 4,000 kilometer persegi itu mempunyai ekosistem tersendiri dan menyimpan nilai khanazah tinggi, selain mampu menyimpan sebanyak 400 juta tan karbon dari dilepaskan ke atmosfera.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Niah di Miri, Sarawak mencipta sejarah apabila diluluskan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Unesco terbaharu.
Tumpuan Ahad – 28 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Julai 2024.
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Pusat perubatan di Khan Younis ditutup berikutan arahan pemindahan - Kementerian Kesihatan
Disebabkan peningkatan jumlah kawasan yang dipaksa dikosongkan di selatan Gaza, beberapa pusat penjagaan kesihatan utama kini tidak lagi beroperasi.
Justin Timberlake tidak mabuk, kes wajar digugurkan - Peguam
Peguam Justin Timberlake memberitahu penyayi pop itu tidak mabuk ketika ditahan di Sag Harbour di Rhode Island, baru-baru ini.
3 Pemimpin pelajar ditahan untuk keselamatan
Tiga pemimpin pelajar Bangladesh yang menganjurkan bantahan terhadap kuota pekerjaan perkhidmatan awam, ditahan polis bagi menjamin keselamatan mereka.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.