GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terus menularkan dan melakukan provokasi berhubung isu laungan azan menggunakan pembesar suara di kondominium Tri Pinnacle, Tanjong Tokong di sini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata perkara itu telah diselesaikan secara harmoni dan kini tiada lagi konflik antara pihak surau dan badan pengurusan bersama (JMB) kondominium tersebut.
"Malah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sendiri turun padang bagi menjernihkan dan menyelesaikan kekeliruan yang timbul berkait isu terbabit semalam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau juga menjelaskan isu dibangkitkan menerusi media sosial seperti TikTok berhubung perkara itu adalah tidak benar dan apa yang ditularkan itu boleh menimbulkan kegusaran awam serta mencetuskan isu perkauman.
"Saya sebagai Ketua Polis Pulau Pinang ingin menegaskan kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menularkan apa-apa jenis media sosial (TikTok) untuk memprovokasi, mencetus kemarahan dan menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam berhubung kes ini," katanya.
Khaw berkata hingga hari ini, pihaknya menerima sebanyak 21 laporan polis daripada pelbagai pihak berhubung kes itu.
Sebelum ini, sebuah video memaparkan sesi dialog antara pihak JMB Kondominium Tri Pinnacle di Tanjung Tokong dengan penduduk berhubung isu semasa termasuk mengenai isu laungan azan, tular di media sosial.
Bagaimanapun, JMB Kondominium Tri Pinnacle telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk beragama Islam dan umat Islam berhubung isu terbabit.
Pengerusinya Alex Low dilaporkan berkata pihaknya tidak mempunyai niat untuk melarang laungan azan di surau berkenaan seperti dakwaan pihak tertentu di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023

Khaw Kok Chin (tengah) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Tindakan tegas terhadap pihak tular, provokasi isu laungan azan
Perkara itu telah diselesaikan secara harmoni dan kini tiada lagi konflik antara pihak surau dan badan pengurusan bersama (JMB) kondominium tersebut.