PUTRAJAYA: Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana majikan yang memberhentikan pekerja tempatan bagi menggaji pekerja asing untuk menggantikan mereka, kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.
Beliau berkata, rasional kerajaan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bukan untuk menggantikan pekerja tempatan dengan pekerja asing sebaliknya bagi memenuhi keperluan di lima sektor kritikal.
"Tiada sebarang alasan akan diterima sekiranya kerajaan mendapati situasi ini berlaku hingga menyebabkan pekerja tempatan hilang mata pencarian," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sijil kepada graduan program Pensijilan Profesional Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2023, di sini, hari ini.
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini mendakwa, terdapat pekerja tempatan di sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran) telah diberhentikan untuk digantikan dengan pekerja asing.
Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Jan lepas bersetuju mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja, selain melaksanakan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.
Sementara itu, Sivakumar berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Indonesia berkaitan isu kenaikan kos bagi mendapatkan pembantu rumah dari negara itu.
"Kerajaan ambil maklum tentang perkara ini, jadi usaha telah dan akan diambil untuk pastikan urusan membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia tidak melibatkan kos tinggi," katanya.
Baru-baru ini Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono dilaporkan berkata, pihaknya bersedia membawa isu kos mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia yang melambung tinggi, untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama dalam masa terdekat. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023
Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana majikan yang memberhentikan pekerja tempatan bagi menggaji pekerja asing untuk menggantikan mereka, kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar. - Gambar fail BERNAMA
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Tinjauan CNN: Panarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.
Siapa ke White House, Harris atau Trump?
Pandangan geostrategis Azmi Hasan mengenai pillihan raya Presiden Amerika Syarikat, saingan antara Kamala Harris dari Demokrat dan Donald Trump, wakil Republikan dalam proses demokrasi yang dianggap sengit dalam sejarah negara itu.
Tanpa pelaburan tahan cuaca, bandar-bandar dunia diancam kerugian AS$1 trilion setiap tahun - Laporan PBB
Bandar-bandar di seluruh dunia memerlukan sehingga AS$5.4 bilion untuk membina infrastuktur bandar yang mampu beradaptasi dengan ancaman perubahan iklim.
Krisis iklim: 2 bilion penduduk bandar terancam - Laporan PBB
Laporan Bandar Dunia 2024 mendedahkan usaha dan tindakan untuk beradaptasi dengan perubahan iklim masih pada kadar perlahan.
Siapa bakal duduki White House, Harris atau Trump?
Pengudian mula dibuka bagi membolehkan 240 juta warga Amerika memilih Presiden baharu mereka di antara Kamala Harris dari Demokrat atau Donald Trump, calon Republikan bagi penggal empat tahun sehingga 2028.
Parlimen: Isu kos sara hidup, konflik harimau antara tumpuan hari ini
Isu kos sara hidup rakyat, konflik manusia dan harimau serta sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Harris, Trump terikat dalam undian di Dixville Notch
Calon Demokrat, Kamala Harris dan pencabarnya, Donald Trump terikat dalam undian di Dixville Notch, sebuah pekan kecil di New Hampshire, negeri yang mempunyai 1.4 juta penduduk.
Deejay putar lagu ajak orang ramai mengundi di North Carolina
Seorang Deejay memutarkan lagu di pusat mengundi di North Carolina dalam usaha mengajak orang ramai mengundi yang mana ia merupakan sebahagian daripada kempen nasional yang digelar DJs at the Polls.
Sukarelawan pilihan raya beri penjelasan kerosakan perisian
Sebuah video tular mendedahkan seorang sukarelawan pilihan raya sedang memberi penjelasan masalah kerosakan perisian kepada pengundi di pusat pengundian di Ebensburg, Cambria County, Pennsylvania pada Selasa.
Tindakan tegas majikan hentikan pekerja tempatan untuk gajikan pekerja asing
Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bukan untuk gantikan pekerja tempatan sebaliknya bagi memenuhi keperluan di sektor kritikal.