Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi yang masih degil dalam isu pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kad prabayar yang terhad kepada warganegara Malaysia sahaja.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegaskan tindakan itu akan diambil melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berikutan arahan tersebut telah berkuat kuasa serta merta sebelum ini.
"Saya difahamkan penyelarasan sistem kewangan syarikat telekomunikasi memerlukan masa 10 hingga 14 hari. Ianya memakan masa untuk menyelaraskan semula sistem dalam komputer mereka.
"Tapi selepas ini memang arahan kita arahan yang tegas, tidak ada cukai SST untuk warganegara Malaysia yang membeli kad prabayar," katanya pada sidang media selepas majlis anugerah 'Malaysia Rice Bowl Startup Awards' di sini, Jumaat.
Gobind Singh menegaskan terdapat mekanisme yang telah disusun atur bagi menentukan individu yang membeli kad prabayar itu merupakan warganegara atau tidak.
BACA: Hukuman lebih berat di bawah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia - Gobind
"Kita telahpun kaji keadaan sedia ada dan mengambil kira bahawa kita boleh buat keputusan atau perbandingan antara warganegara mahupun warga asing di atas dasar itu. Jadi keputusan dibuat untuk menentukan harga berbeza bagi kedua-dua golongan ini," katanya.
Tambahnya, aduan boleh diajukan kepada kementerian sekiranya terdapat SST dikenakan kepada mana-mana pengguna yang membeli kad prabayar.
Pelaksanaan SST yang berkuatkuasa 1 Sept menyaksikan segelintir pengguna melahirkan rasa tidak puas hati apabila nilai akhir kad tambah prabayar telefon bimbit yang dibeli mereka dipotong dengan sejumlah amaun berikutan SST.
Pada 5 Sept, Kementerian Kewangan mengarahkan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi kad prabayar supaya mengecualikan cukai perkhidmatan kepada pelanggan warganegara Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 28 2018
![Tindakan tegas ke atas syarikat telco degil - Gobind Singh Tindakan tegas ke atas syarikat telco degil - Gobind Singh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51538154639_GobindSinghDeo.jpg)
Gobind Singh sewaktu sidang media selepas majlis anugerah Malaysia Rice Bowl Startup Awards di Oasis Discovery Center, 28 Sept, 2018. - fotoBERNAMA
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Peniaga tidak terlibat kenaikan SST diingat jangan ambil kesempatan Peniaga tidak terlibat kenaikan SST diingat jangan ambil kesempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701954405_FuziahSalleh.jpg)
Peniaga tidak terlibat kenaikan SST diingat jangan ambil kesempatan
Peniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan SST diingat jangan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan.
![Kerajaan dijangka perkenal semula GST dalam Belanjawan 2022 - Affin Hwang Capital Kerajaan dijangka perkenal semula GST dalam Belanjawan 2022 - Affin Hwang Capital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-10/51508838005_GST.jpg)
Kerajaan dijangka perkenal semula GST dalam Belanjawan 2022 - Affin Hwang Capital
Kerajaan dijangka mengumumkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar lebih rendah daripada enam peratus dalam Belanjawan 2022.
![Waspada sindiket penipuan bayaran cukai - LHDN Waspada sindiket penipuan bayaran cukai - LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61591512509_TBLHDN.jpg)
Waspada sindiket penipuan bayaran cukai - LHDN
LHDN menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak SST.
![Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19 Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589345149_NorShamsiahMohdYu.jpg)
Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19
Ekonomi Malaysia susut kepada 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 4.5 peratus yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.
![Kegagalan SST, kualiti pendidikan antara kebimbangan rakyat - Kajian Kegagalan SST, kualiti pendidikan antara kebimbangan rakyat - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51574931087_TBEMIR.jpg)
Kegagalan SST, kualiti pendidikan antara kebimbangan rakyat - Kajian
Selepas lebih setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, beberapa isu terus mendapat perhatian rakyat di negara ini.
![GST: Tak ada sebab kembalikan cukai ditolak rakyat - Tun Mahathir GST: Tak ada sebab kembalikan cukai ditolak rakyat - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563251568_TunMahathir.jpg)
GST: Tak ada sebab kembalikan cukai ditolak rakyat - Tun Mahathir
Kerajaan akan sentiasa menambah baik dan mengurus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sekali gus meningkatkan hasil negara.
![291 harga barang turun selepas pelaksanaan SST 291 harga barang turun selepas pelaksanaan SST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539758184_950x600.jpg)
291 harga barang turun selepas pelaksanaan SST
Sejumlah 291 barangan mencatatkan penurunan harga sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 September lalu.
![Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun - Guan Eng Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537764297_LIMGUANENG.jpg)
Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun - Guan Eng
Kerajaan akan menarik balik langkah pengecualian SST sebanyak enam peratus yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan bahan binaan jika semua pemaju perumahan tidak menurunkan harga rumah.
![Pengendali restoran, kedai makanan diminta kurangkan caj perkhidmatan Pengendali restoran, kedai makanan diminta kurangkan caj perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536183305_limguaneng.jpg)
Pengendali restoran, kedai makanan diminta kurangkan caj perkhidmatan
Menterinya, Lim Guan Eng berkata kadar caj perkhidmatan di restoran dan kedai-kedai makanan sebanyak 10 peratus adalah agak tinggi.
![SST: Kadar cukai kamera, telefon dikurangkan kepada 5 peratus SST: Kadar cukai kamera, telefon dikurangkan kepada 5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536183305_limguaneng.jpg)
SST: Kadar cukai kamera, telefon dikurangkan kepada 5 peratus
Kamera dan telefon adalah barangan terbaru yang kadar cukainya telah dikurangkan kepada 5 peratus daripada 10 peratus kadar cukai yang dikenakan sebelum ini.