Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) yang menyewakan kediaman mereka kepada orang lain dengan motif untuk mendapatkan keuntungan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemantauan rapi kini dijalankan kementeriannya bagi mengelak ia disalah guna.
Jelasnya, ini penting bagi mengelak spekulasi pasaran dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menyita unit berkenaan.
"RUMAWIP disediakan untuk pembeli rumah pertama dan kita tak mahu mewujudkan spekulasi kepada pasaran.
"Biarpun kita tahu ada yang berkemampuan, tetapi kita takkan biarkan perkara ini berlaku.
"Jika ia berlaku, kita akan ambil semula dan senarai hitam pihak yang terbabit," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran dan sesi cabut undi projek Rumawip Residensi Semarak Platinum pada Sabtu.
Setakat Jun 2017, lebih 60 ribu unit RUMAWIP atau 74.5 peratus daripada sasaran 80,000 unit dibina dan ia dijangka bakal terus meningkat menjelang 2020.
Hilal Azmi
Sat Jul 22 2017
![Tindakan sita RUMAWIP jika sewakan kepada orang lain - Ku Nan Tindakan sita RUMAWIP jika sewakan kepada orang lain - Ku Nan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71500708812_TengkuAdnan.jpg)
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyempurnakan Pelancaran dan Sesi Pengudian Unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) di Setapak hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![DBKL cadang perluas bas GoKL ke kawasan PPR DBKL cadang perluas bas GoKL ke kawasan PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41541258952_BASGoKL.jpg)
DBKL cadang perluas bas GoKL ke kawasan PPR
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata penelitian mendapati penduduk kawasan PPR di sekitar bandar raya itu memerlukan perkhidmatan bas percuma berkenaan.
![Tanah RUMAWIP dijual murah sebab.... - Datuk Bandar DBKL Tanah RUMAWIP dijual murah sebab.... - Datuk Bandar DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528360233_DBKLTTDI.jpg)
Tanah RUMAWIP dijual murah sebab.... - Datuk Bandar DBKL
DBKL mengakui tanah bagi projek pembinaan Rumah Wilayah Persekutuan dijual dengan harga yang rendah.
![Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61528103936_Zuraida.jpg)
Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.
![Tindakan sita RUMAWIP jika sewakan kepada orang lain - Ku Nan Tindakan sita RUMAWIP jika sewakan kepada orang lain - Ku Nan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71500708812_TengkuAdnan.jpg)
Tindakan sita RUMAWIP jika sewakan kepada orang lain - Ku Nan
Tindakan tegas akan dikenakan kepada pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) yang menyewakan kediaman mereka kepada orang lain dengan motif untuk mendapatkan keuntungan
![30,000 unit rumah dibina bagi kelas pertengahan dan bawah 30,000 unit rumah dibina bagi kelas pertengahan dan bawah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71359278553_295x200.jpg)
30,000 unit rumah dibina bagi kelas pertengahan dan bawah
Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dilancarkan bagi membolehkan golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM6,000 dan ke bawah memiliki kediaman sendiri.