Aksi mereka sempat dirakamkan orang awam yang turut bertepuk tangan sebaik suspek berjaya diselamatkan.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis, Chandra Muthu ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan memberitahu pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu dan bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai mengalami tekanan perasaan keluar rumah seawal dua pagi dan merayau-rayau di pusat bandar sebelum naik ke parkir hotel berkenaan untuk membunuh diri.
Sumber: YouTube/Ngaku KPT
Sementara itu, JBPM KK memberitahu, pihaknya bertindak atas maklumat polis dan tiba di lokasi kejadian jam 7.37 pagi.
Suspek berjaya diselamatkan pada jam 9.07 pagi hasil tindakan pantas dua anggota selepas cubaan memujuknya gagal.