Tindakan kerajaan Kelantan menarik balik saman terhadap kerajaan Persekutuan dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkaitan tuntutan royalti minyak membuktikan semangat federalisme yang terjalin antara negeri dan Persekutuan.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan Pusat dengan itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Kelantan yang mahu isu tuntutan royalti itu dapat diselesaikan dengan baik demi kebaikan bersama.
"Bagi pihak Pusat kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan yang mengambil inisiatif menarik semula saman pada 28 Jun lalu dan ia telah selesai (di mahkamah).
"Ia membuka ruang kukuh semangat federalisme di antara Kelantan dan Pusat seperti mana yang dikehendaki Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang mahu melihat suasana kondusif dapat diwujudkan," katanya kepada pemberita di sini.
Sebelum itu Mohamed Azmin bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Pada 28 Jun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan pertikaian berhubung isu tuntutan royalti minyak membabitkan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan selesai apabila Kerajaan Negeri menarik balik tuntutan saman yang difailkan sembilan tahun lepas melalui notis pemberhentian.
Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache membatalkan saman berkenaan tanpa sebarang perintah berhubung kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.
Mengulas perkara itu lagi Mohamed Azmin berkata kerajaan Persekutuan akan menyegerakan pembayaran royalti kepada Kelantan apabila semua perkara berbangkit selesai.
Ahmad yang diminta mengulas perkara yang sama berkata kerajaan Kelantan telah memenuhi segala syarat-syarat untuk mendapatkan royalti minyak itu dan yakin kerajaan negeri akan menikmati royalti berkenaan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2019

Mohamed Azmin bersalaman dengan Ahmad ketika mereka mengadakan perjumpaan tertutup sebelum mempengerusikan Mesyuarat MTNg Kelantan Bil. 02/2019 di Kompleks Kota Darul Naim hari ini. -- fotoBERNAMA
#AWANIByte: HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet terbaharu dengan prestasi PC
Huawei melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci yang dilengkapi HUAWEI M-Pencil (Gen 3) powered by NearLink, ia menyokong 16,384 tahap kepekaan tekanan untuk ketepatan lukisan dan penulisan yang lebih semula jadi. HUAWEI Smart Magnetic Keyboard pula membolehkan mod Split Form, Laptop Form, dan Studio Form, sesuai untuk multitasking.
Dengan PC-Level WPS Office dan sistem 3D Heat Dissipation Architecture, tablet ini memberikan prestasi tinggi sambil mengekalkan suhu optimum. Bateri 10,100mAh dengan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W membolehkan pengecasan 80% dalam 40 minit dan 100% dalam 65 minit.
Tablet flagship ini juga dilengkapi dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman visual yang lebih bagus.
Pra-pesan kini pada harga RM4,999 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,744!
Dengan PC-Level WPS Office dan sistem 3D Heat Dissipation Architecture, tablet ini memberikan prestasi tinggi sambil mengekalkan suhu optimum. Bateri 10,100mAh dengan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W membolehkan pengecasan 80% dalam 40 minit dan 100% dalam 65 minit.
Tablet flagship ini juga dilengkapi dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman visual yang lebih bagus.
Pra-pesan kini pada harga RM4,999 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,744!

Keputusan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan pada 4 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Mac untuk keputusan permohonan ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.
Kerajaan laksana “Project Earth” untuk rombak LTAT dan struktur semula Boustead
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat utamaya, Boustead Holdings Bhd, akan distruktur semula di bawah rancangan baharu yang dikenali sebagai ‘Project Earth’.

Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja.
Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada AS$18.14 bilion - Duta
Perdagangan Malaysia-Vietnam pada 2024 meningkat 4.4 peratus kepada 18.14 bilion Dolar Amerika (RM83.11 bilion), berbanding 17.38 bilion Dolar Amerika pada 2023, menunjukkan pertumbuhan positif dalam hubungan dagangan ASEAN.
Rusia tawar AS teroka logam nadir bumi
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menawarkan peluang kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam meneroka simpanan logam nadir bumi di Rusia serta membekalkan aluminium ke pasaran domestik AS sebagai sebahagian daripada perjanjian ekonomi masa depan.
MITI sasar pertumbuhan pelaburan lulus sebanyak lima peratus
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun 2025.
Malaysia perlu menerajui usaha pengeluaran minyak sawit mampan
Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, mesti menerajui usaha kemampanan dan mengambil langkah berani untuk menjuarai usaha mengeluarkan minyak sawit yang mampan, terutama ketika dunia semakin memberi tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.
Perkembangan sidang media prestasi kewangan PETRONAS
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad bagi memperincikan sidang media pengumuman prestasi kewangan Kumpulan Petronas.
PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion, turun 32 peratus
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.

Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.

PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.

Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.

Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.