SHAH ALAM: Tindakan pihak tertentu yang mendahului Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dianggap bertentangan dengan adab orang Melayu terhadap Sultan sebagai Ketua Negeri, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar kerana kerajaan negeri mempunyai adat istiadat dan persetujuan secara kolektif dalam melaksanakan istiadat pembubaran dengan panduan daripada pihak istana.
"Kita mempunyai undang-undang, adat istiadat dan konvensyen yang harus kita tepati. Maka bagi saya adalah tidak wajar mana-mana pihak mendahului Sultan Selangor dalam mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor.
"Ia dikira bertentangan dengan konvensyen, adat istiadat dan lebih lagi adab masyarakat Melayu dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor," katanya dalam sidang media khas sempena lima tahun pentadbirannya di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Sebelum ini Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali dalam satu ceramah di Tanjong Karang dilaporkan berkata DUN negeri itu akan dibubarkan hari ini.
Sementara itu Amirudin berkata pagi tadi beliau telah diterima menghadap Sultan Sharafuddin bagi tujuan memohon perkenan baginda supaya DUN Selangor yang ke-14 dibubarkan pada 23 Jun ini.
"Pada pukul 10 pagi tadi, Sultan Selangor telah memberi perkenan dan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor ke-14 yang akan berkuat kuasa pada Jumaat 23 Jun ini selaras dengan Peruntukan dalam Fasal (2) Perkara LXX, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
"Ini akan membolehkan Speaker DUN Selangor memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dijangka pada Jumaat ini, dan kemudianya memberi ruang kepada PRN Selangor diadakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

Amirudin berkata pagi tadi beliau telah diterima menghadap Sultan Sharafuddin bagi tujuan memohon perkenan baginda supaya DUN Selangor yang ke-14 dibubarkan pada 23 Jun ini. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Sultan Ibrahim dampingi rakyat tanpa protokol ketat, makan atas tikar mengkuang
Penggunaan payung disifatkan sebagai satu objek yang boleh 'memisahkan' dan menjauhkan rakyat dengan Raja.

Kenali istiadat unik perkahwinan diraja Brunei
Menanti tarikh keramat untuk melihat pasangan dua sejoli ini disatukan, mari kita ambil tahu serba sedikit di sebalik adat-istiadat yang telah dan bakal berlangsung.

Tindakan dahului Sultan umum tarikh bubar DUN bertentangan adab - MB
Tindakan mendahului Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam mengumumkan tarikh pembubaran DUN boleh dianggap bertentangan dengan adab orang Melayu terhadap Sultan sebagai Ketua Negeri.