Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, umpama mengakui apa jua tuduhan bekas perdana menteri itu terhadapnya pada 1998.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dengan perkembangan terbaharu ini, bekas ketua pembangkang itu seolah-olah mengakui segala dakwaan Tun Dr Mahathir ke atasnya sebelum ini.
"Saya rasa Anwar patut berterima kasih terhadap Dr Mahathir kerana memecat beliau pada 1998. Ia menunjukkan telah terbukti semua tuduhan Dr Mahathir terhadapnya (Anwar) atas apa jua kesalahan yang dilakukan (Anwar), adalah perkara betul.
"Dengan menyokong Dr Mahathir, beliau mengakui apa jua tuduhan yang dikatakan Dr Mahathir pada 1998," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang makanan ternakan Charoen Pokhpand (CP) di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, di sini hari ini.
Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kenyataan Anwar hari ini menyokong pendirian parti politik dan individu termasuk Dr Mahathir untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Anwar, 69, dilucut daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan serta semua jawatan yang dipegang atas kapasiti dua jawatan itu, berkuat kuasa pada 2 Sept 1998.
Majlis Tertinggi UMNO dengan sebulat suara turut memutuskan untuk memecat Anwar daripada parti sehari selepas itu setelah diberi peluang menjelaskan segala tuduhan berbangkit ke atasnya.
Pada ketika itu, Dr Mahathir adalah perdana menteri dan presiden UMNO.
Anwar kemudian didakwa bagi 10 pertuduhan di mahkamah -- lima rasuah dan lima tuduhan liwat.
Selepas melalui proses perbicaraan, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999 bagi tuduhan rasuah kerana campur tangan dalam siasatan polis berhubung dakwaan salah laku seks terhadapnya.
Anwar juga dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat pemandunya berkuat kuasa selepas dia selesai menjalani penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah.
Bagaimanapun pada 2 Sept 2004, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu dibebaskan selepas hampir enam tahun menjalani hukuman penjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan liwat.
Ketika itu, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datin Paduka Rahmah Hussin dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud menerusi keputusan majoriti 2-1 mengetepikan sabitan dan hukuman penjara sembilan tahun yang dikenakan terhadap Anwar 2 Ogos 2000.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya pada 2008.
Bernama
Fri Mar 04 2016
![Tindakan Anwar sokong Dr Mahathir umpama mengakui dakwaan terhadapnya Tindakan Anwar sokong Dr Mahathir umpama mengakui dakwaan terhadapnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437887787_SHABERYCHEEK.jpg)
AHMAD SHABERY: Dengan perkembangan terbaharu ini, bekas ketua pembangkang itu seolah-olah mengakui segala dakwaan Tun Dr Mahathir ke atasnya sebelum ini. -Gambar fail
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Lebih 100 belia hadir diskusi 'Tanya Gomen' bersama Ahmad Shabery Lebih 100 belia hadir diskusi 'Tanya Gomen' bersama Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/41376665468_295x200.jpg)
Lebih 100 belia hadir diskusi 'Tanya Gomen' bersama Ahmad Shabery
Lebih 100 golongan belia celik teknologi hadir dalam program #TanyaGomen bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berdiskusi dengan menteri secara santai.
![Kanak-kanak dedah rahsia kegunaan internet di KL Converge! Kanak-kanak dedah rahsia kegunaan internet di KL Converge!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81410957434_295x200.jpg)
Kanak-kanak dedah rahsia kegunaan internet di KL Converge!
Pandangan polis kanak-kanak berkaitan penggunaan internet didedahkan di KL Converge 2014.
![KL Converge! buka mata tentang industri kandungan kreatif - Ahmad Shabery KL Converge! buka mata tentang industri kandungan kreatif - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/61410705803_295x200.jpg)
KL Converge! buka mata tentang industri kandungan kreatif - Ahmad Shabery
KL Converge! membuka mata banyak pihak tentang masa depan dan peluang yang boleh diraih dalam industri kandungan dan kreatif di negara ini.
![Measat-3b bukan satelit pengintipan - Ahmad Shabery Measat-3b bukan satelit pengintipan - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/61397551205_295x200.jpg)
Measat-3b bukan satelit pengintipan - Ahmad Shabery
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata satelit terbaru Malaysia MEASAT-3b yang berjaya dilancarkan ke orbit awal pagi ini merupakan sebuah satelit penyiaran dan bukannya satelit pengintipan.