Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, meminta maaf kepada Veveonah Mosibin, selepas mendakwa isu dibangkitkan pelajar terbabit dalam YouTube adalah palsu dan sekadar untuk menaikkan nama sendiri.
"Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan.
"Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti," tulisnya di akaun Facebook rasminya.
Terdahulu, beliau yang juga ahli Parlimen Padang Besar, dilaporkan berkata dalam sidang Dewan Negara bahawa isu yang dibangkitkan Veveonah hanyalah untuk rancangan YouTube pelajar itu.
“Untuk pengetahuan Yang Berhormat, adik (Veveonah) yang tadi tersebut seorang Youtuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya Youtuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.
“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita sebagai Yang Berhormat jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu," katanya memetik video berkenaan.
Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Mohd Redzuan Abdul Manap kira-kira pukul 6 petang lalu.
Sementara itu, guru Veveonah yang dikenali sebagai Nawal NCD menerusi satu ciapan di Twitter menegaskan tahap akademik Veveonah yang juga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu adalah cemerlang malah projek sains anak jati Pitas itu disifatkan cukup luar biasa.
"Saya adalah guru kepada Veveonah. Komitmen akademik dan projek sains dia luar biasa kerana Veveonah tegas dalam membezakan hak serta temberang batil," katanya.
Dalam ciapan yang sama, guru terbabit memberitahu beliau pernah mengingatkan Veveonah supaya berhati-hati dengan dunia luar dan netizen.
"Berhati-hati dengan dunia luar dan netizen apabila keluar maktab demi justifikasi orang-orang yang sanggup mempersoalkan komitmennya," tulis Nawal NCD.
Farhana Joni
Thu Sep 03 2020
Zahidi Zainul Abidin mohon maaf kepada Veveonah kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian di Dewan Negara pada Khamis. - Gambar Bernama
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
JaPen perlu cari inisiatif baharu, tukar gaya bekerja di era Pandemik - Annuar Musa
Annuar musa membuat gesaan itu bagi memastikan maklumat seperti bantuan kerajaan kepada rakyat dapat disampaikan dengan lebih pantas.
Timbalan menteri minta maaf dakwa Veveonah palsukan kisah duduki peperiksaan atas pokok
"Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan".
Enam menara komunikasi baru dibina di Baram
Enam menara telekomunikasi baharu sedang dibina di Parlimen Baram dalam usaha menambah baik perkhidmatan jalur lebar di kawasan tersebut.
Peruntukan spektrum 5G masih dalam penelitian - Zahidi
Turut diteliti ialah sama ada jalur frekuensi itu akan diperuntuk kepada satu konsortium atau pemegang lesen individu.
Ahli Parlimen Padang Besar dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah
Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Kemelut MB Perlis dianggap selesai - ADUN
Kesemua sembilan ADUN menyokong pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis.
Pengerusi Risda syor birokrasi 'longgar' elak rasuah
Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin menyarankan agensi-agensi kerajaan supaya tidak mengamalkan birokrasi ketat yang dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya perbuatan rasuah.
Pokok ketum boleh ditanam secara komersial jika khasiatnya dibuktikan secara saintifik
Ini bagi mengelakkan tanaman itu disalahgunakan kerana pengambilan air ketum yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan ketagihan.