KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah Datuk Ariah Tengku Ahmad meninggal dunia dengan aman dalam tidurnya di kediamannya di sini hari ini pada usia 86 tahun, kata anaknya Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad.
Tengku Fuad berkata kehidupan ibunya dicirikan sebagai satu kecemerlangan dan perkhidmatan.
Peguam itu berkata ibunya pernah menjadi kapten Pasukan Olahraga Jesselton, dinobatkan sebagai Miss Jesselton 1956, seorang juruhebah radio, wartawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Menteri Perkhidmatan Sosial Sabah dan Timbalan Ketua Menteri Sabah antara lain.
"Tetapi melebihi segalanya, dia adalah seorang ibu dan nenek mengagumkan yang kami semua sayangi dan kehilangannya sangat dirasai. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.
"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampuni segala dosa-dosanya dan ditempatkan di Jannatul Firdaus dalam kalangan orang-orang yang soleh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata Allahyarham Ariah yang dikenali rakan rapatnya sebagai Irene Pritchard, adalah isteri kepada Allahyarham Brig Jen Tunku Ahmad Tunku Besar Burhanuddin.
Allahyarham Ariah menjadi ADUN Kawang dari 1986 hingga 1995 dan pada 1993 beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga ahli pengasas Persatuan Wanita Sabah (PEWASA).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024
Allahyarham Ariah yang dikenali rakan rapatnya sebagai Irene Pritchard, adalah isteri kepada Allahyarham Brig Jen Tunku Ahmad Tunku Besar Burhanuddin. -Astro AWANI
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah meninggal dunia
Tengku Fuad berkata kehidupan ibunya dicirikan sebagai satu kecemerlangan dan perkhidmatan.