Ringkasan AI
- TikTok akan menamatkan perkhidmatan penstriman muzik mereka pada November, yang sebelum ini ditawarkan di beberapa negara termasuk Indonesia dan Singapura.
- TikTok Music diperkenalkan sebagai alternatif kepada Spotify dan Apple Music, dengan sejumlah lagu yang telah dilesenkan.
- Pengguna diberi masa sehingga 28 Oktober untuk memuat turun data dan memindahkan senarai main ke platform lain.
Sebab di sebalik penamatan berkenaan tidak dinyatakan.
TikTok Music sebelum ini telah diperkenalkan pada 2023 lepas, di beberapa buah negara, termasuk Indonesia dan Singapura.
Melaluinya, ia memposisikan penawaran sebagai alternatif kepada Spotify dan Apple Music – apatah lagi dengan TikTok sedia melesenkan sejumlah lagu untuk platform mereka.
TikTok Music akan ditamatkan sepenuhnya pada November kelak, dan pengguna diberikan masa sehingga 28 Oktober untuk memuat turun data dan pindahkan senarai main ke platform lain. -Amanz