GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) melancarkan tiket laluan pantas edisi khas sempena memperingati ulang tahun ke-100 kereta api Bukit Bendera.
Pengurus Besarnya Datuk Cheok Lay Leng berkata pelancaran tiket laluan pantas edisi khas itu bertujuan memberi cenderahati kenang-kenangan kepada pelancong.
"Pelancong selalunya akan menyimpan cenderahati daripada destinasi pelancongan popular yang dikunjungi. Memandangkan mereka telah membayar harga premium, kami mahu mereka mempunyai sesuatu yang istimewa untuk dibawa pulang.
"Justeru, sempena ulang tahun ke-100 kereta api Bukit Bendera, kami ingin melakukan sesuatu yang istimewa untuk pelancong dengan memberikan mereka tiket edisi khas untuk dibawa pulang," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran ulang tahun berkenaan yang disempurnakan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Yeoh Soon Hin hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai penyelenggaraan perkhidmatan kereta api funikular berkenaan, Cheok berkata penyelenggaraan dilakukan secara harian, mingguan dan bulanan.
"Kami mahu meminimumkan gangguan perkhidmatan keretapi funikular, tetapi ia juga bergantung kepada keadaan di luar jangka," katanya.
Menurutnya jika berlaku sebarang gangguan perkhidmatan, usaha mengenal pasti punca masalah itu dilakukan serta-merta dan langkah akan diambil untuk menyambung semula perkhidmatan kereta api funikular.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023
![Tiket laluan pantas edisi khas kereta api Bukit Bendera dilancar Tiket laluan pantas edisi khas kereta api Bukit Bendera dilancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674133443_bukitbendera.jpg)
Pelancaran tiket laluan pantas edisi khas itu bertujuan memberi cenderahati kenang-kenangan kepada pelancong. - Gambar/ Unsplash
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kereta api funikular Bukit Bendera bawa lebih 47 juta pengunjung Kereta api funikular Bukit Bendera bawa lebih 47 juta pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676631783_Keretaapifunikular.jpg)
Kereta api funikular Bukit Bendera bawa lebih 47 juta pengunjung
Koc kereta api yang digunakan kini adalah generasi ketiga yang telah melakukan lebih daripada 275,000 perjalanan sejak seabad lepas.
![Tiket laluan pantas edisi khas kereta api Bukit Bendera dilancar Tiket laluan pantas edisi khas kereta api Bukit Bendera dilancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674133443_bukitbendera.jpg)
Tiket laluan pantas edisi khas kereta api Bukit Bendera dilancar
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) melancarkan tiket laluan pantas edisi khas sempena memperingati ulang tahun ke-100 kereta api Bukit Bendera.
![Kereta Api Bukit Bendera rosak, 180 pengunjung terkandas Kereta Api Bukit Bendera rosak, 180 pengunjung terkandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634302463_Keretaapifunikular.jpg)
Kereta Api Bukit Bendera rosak, 180 pengunjung terkandas
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) berkata, perkhidmatan di pusat peranginan itu mengalami kerosakan pada jam 2.10 hingga 4.15 petang.