PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak menikam rakannya kerana hutang RM30 di Sungai Way, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah malam apabila suspek berusia lingkungan 20-an itu datang ke rumah mangsa untuk menuntut hutang.
Menurutnya, berlaku pergelutan semasa kejadian sebelum suspek mengeluarkan pisau dan menikam dada kiri serta mengelar leher mangsa.
“Mangsa menjerit kesakitan dan lari masuk ke dalam rumah meminta bantuan rakan serumah.
“Kejadian berlaku apabila suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah tidak berpuas hati kerana mangsa enggan membayar baki hutang RM30 menyebabkan dia marah sebelum bertindak di luar kawalan menikam mangsa,” katanya pada Jumaat.
Shahrulnizam berkata, susulan itu, polis menahan suspek pada jam 1 pagi di rumahnya yang berada berhampiran dengan rumah mangsa.
Tambahnya, mangsa berusia lingkungan 20-an telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini dilaporkan stabil.
“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu.
"Suspek telah direman sehingga 12 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 08 2024
![Tikam rakan hingga mati kerana hutang RM30 Tikam rakan hingga mati kerana hutang RM30](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/51556788786_TBStabbing.jpg)
Kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah malam apabila suspek berusia lingkungan 20-an itu datang ke rumah mangsa untuk menuntut hutang. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan senegara Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan senegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan senegara
Seorang pelayan restoran wanita warga China dituduh membunuh rakan senegaranya dengan menikam mangsa beberapa kali di sebuah restoran.
![Bunuh rakan: Hukuman mati bekas pekerja kilang diganti penjara 34 tahun Bunuh rakan: Hukuman mati bekas pekerja kilang diganti penjara 34 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Bunuh rakan: Hukuman mati bekas pekerja kilang diganti penjara 34 tahun
V. Veeran dan M.S. Sasitharan juga diperintah menjalani hukuman masing-masing dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 23 Jun dan 25 2014.
![Bekas koperal Cawangan Khas tembak mati rakan dipenjara 38 tahun Bekas koperal Cawangan Khas tembak mati rakan dipenjara 38 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724237792_TBCourtHammer.jpg)
Bekas koperal Cawangan Khas tembak mati rakan dipenjara 38 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas anggota cawangan khas Bukit Aman (SB) atas kesalahan menembak mati rakan sekerjanya 10 tahun lepas, dengan penjara 38 tahun.
![Mayat terbakar: 3 lelaki didakwa bunuh rakan Mayat terbakar: 3 lelaki didakwa bunuh rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721365377_bunuhrakan.jpg)
Mayat terbakar: 3 lelaki didakwa bunuh rakan
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh rakan mereka yang ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor.
![Tiga lelaki disyaki bunuh rakan kerana hutang RM7,000 akan didakwa esok Tiga lelaki disyaki bunuh rakan kerana hutang RM7,000 akan didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721309327_NaazronAbdulYusof.jpg)
Tiga lelaki disyaki bunuh rakan kerana hutang RM7,000 akan didakwa esok
Tiga lelaki tempatan akan dituduh di Kompleks Mahkamah Kajang esok kerana disyaki membunuh rakan mereka setelah mangsa gagal melunaskan hutang berjumlah RM7,000.
![Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720929089_mayat.jpg)
Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk
Gara-gara perselisihan faham akibat mabuk, seorang lelaki warga asing maut dipukul rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang dekat Pulau Meranti di sini pada Jumaat.
![Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822262_rakanbangladesh.jpg)
Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh
Dua lelaki didakwa membunuh rakan, seorang warga Bangladesh di Jalan Travers, dua minggu lalu.
![Dua lelaki didakwa bunuh rakan Dua lelaki didakwa bunuh rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716954643_tbkesbunuhwargam.jpg)
Dua lelaki didakwa bunuh rakan
Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.
![Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715291316_AdikBeradik.jpg)
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
![Tikam rakan hingga mati kerana hutang RM30 Tikam rakan hingga mati kerana hutang RM30](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/51556788786_TBStabbing.jpg)
Tikam rakan hingga mati kerana hutang RM30
Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak menikam rakannya kerana hutang RM30 di Sungai Waypada Rabu.