AYER KEROH: Seorang penganggur yang didakwa membunuh bekas abang iparnya dalam kejadian pada hari pertama Syawal, di Kampung Berangan Enam, Jasin, Melaka, direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga 20 Mei terhadap penganggur berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Lee Kim Keat.
Penahanan reman terhadap suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, suspek lelaki itu terdahulu ditahan sekitar jam 6.30 petang semalam di hadapan sebuah masjid kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.
Suspek dikatakan cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal sebelum berjaya dicekup sepasukan polis daripada Siasatan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.
Katanya, suspek yang tidak bekerja itu mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah selain ujian saringan air kencing terhadapnya juga disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Dalam kejadian semalam, Astro AWANI melaporkan keceriaan sambutan Aidilfitri sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut ditikam bekas adik ipar dalam kejadian di Kampung Berangan Enam.
BACA: Lelaki maut ditikam bekas adik ipar di pagi raya
Kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu tercetus apabila suspek datang ke rumah bekas keluarga mentuanya untuk mengambil dua anak perempuan berusia lapan dan 10 tahun daripada bekas isteri.
Mangsa yang berusia 36 tahun dikatakan cuba menenangkan bekas adik iparnya sebelum suspek bertindak luar kawalan menikam mangsa menggunakan senjata pisau yang dibawa sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.
Shuhada Abdul Kadir
Fri May 14 2021
![Tikam bekas abang ipar, penganggur direman Tikam bekas abang ipar, penganggur direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620966092_Tikambekasabangi.jpg)
Suspek dikatakan cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal sebelum berjaya dicekup sepasukan polis. - Astro AWANI
Pantau Belanjawan: Atasi cabaran & manfaat peluang ekonomi bersama
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma mengulas berkenaan KDNK Negeri 2023 yang diumumkan baru-baru ini.
Individu 'Narsisistik' perlu dihindari agar hidup tenteram
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsisistik (NPD) atau sifat mengagumi diri sendiri secara berlebihan, perlu dihindari agar tidak menimbulkan stres dan gangguan emosi.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
Faisal Halim sudah mula turun padang jalani sesi latihan
Pemain sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak Rabu.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
Lebih 25 tahun menjadi venue rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam telah menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia tersendiri kepada pemain serta peminat sukan di negeri ini.
UMNO Kelantan hantar 3 nama calon DUN Nenggiri
Badan perhubungan UMNO Kelantan akan menghantar 3 nama calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri, DUN N43 Nenggiri bulan depan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
![Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720156473_DhabitahSabri.jpg)
Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah
Beliau perlu sekurang-kurangnya setahun dalam usaha meningkatkan darjah kesukaran baharu bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
![Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720156151_Paris.jpg)
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Buruh bakal bentuk kerajaan, Starmer PM baharu?
Pengundian telah berakhir dan Parti Buruh Britain diunjurkan memenangi pilihan raya umum United Kingdom (UK) dengan kemenangan besar, sekaligus menukar senario politik di UK.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Penganggur didakwa bunuh isteri Penganggur didakwa bunuh isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719808432_penganggurbunuhis.jpg)
Penganggur didakwa bunuh isteri
Tertuduh disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.
![Lelaki maut ditikam anak saudara dengan gunting Lelaki maut ditikam anak saudara dengan gunting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717458132_Lelakitikammatiba.jpg)
Lelaki maut ditikam anak saudara dengan gunting
Suspek dan mangsa dikatakan terlibat dalam pertengkaran, sebelum suspek menikamnya di bahagian dada dengan objek tajam.
![Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
![Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming' Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713190553_Stab.jpg)
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
![Kelindan lori tidak mengaku tikam adik tiri Kelindan lori tidak mengaku tikam adik tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712896883_TBThiyagaraj.jpg)
Kelindan lori tidak mengaku tikam adik tiri
Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas L Dewi dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.
![Pandu kereta ke balai polis selepas ditikam Pandu kereta ke balai polis selepas ditikam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706546850_tikambunuh.jpg)
Pandu kereta ke balai polis selepas ditikam
Mangsa, berumur 47 tahun, dalam keadaan berlumuran darah ketika datang membuat laporan di Balai Polis Bandar Country Homes.
![Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting
Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi Tawau bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
![Ketua pembangkang Korea Selatan ditikam semasa sidang media Ketua pembangkang Korea Selatan ditikam semasa sidang media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704166172_SouthKorea.jpg)
Ketua pembangkang Korea Selatan ditikam semasa sidang media
Pemimpin parti pembangkang Korea Selatan Lee Jae-myung ditikam di leher pada sidang akhbar di bandar pelabuhan selatan Busan pada Selasa.
![Gadis minat kisah pembunuhan dipenjara seumur hidup Gadis minat kisah pembunuhan dipenjara seumur hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700958607_JungYoojung.jpg)
Gadis minat kisah pembunuhan dipenjara seumur hidup
Gadis berusia 23 tahun itu merayu hukumannya diringankan kerana mendakwa dia mengalami halusinasi dan pelbagai masalah mental.
![Jururawat maut ditikam: Penjagaan anak dibincang bersama - Bapa mangsa Jururawat maut ditikam: Penjagaan anak dibincang bersama - Bapa mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696195660_TBtikamjururawat.jpg)
Jururawat maut ditikam: Penjagaan anak dibincang bersama - Bapa mangsa
Bapa mangsa berkata, mereka belum lagi memikirkan mengenai hak penjagaan cucunya yang berusia enam dan lapan tahun itu.