BATU PAHAT: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku kepada pemandu dan dua penumpang yang terselamat selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam tasik di Jalan Bukit Pasir di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu pada jam 1.30 tengah hari.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki bersama dua rakan wanitanya dalam perjalanan dari arah Tongkang Pechah menghala ke arah Batu Pahat.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas dan terus masuk ke dalam tasik di sebelah kanan jalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, orang awam membantu ketiga-tiga mangsa sebelum kereta tersebut tenggelam di tasik berkenaan.
Ismail memberitahu, semua mangsa berusia antara 25 tahun hingga 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Susulan itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat datang membantu mengeluarkan kereta tersebut.
"Pihak bomba membantu memasang pencangkuk pada lori penunda kepada badan kereta itu dengan menyelam ke dalam tasik bagi tujuan menarik keluar kereta tersebut," ujar beliau.
Tambahnya, kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) bagi kesalahan gagal mengawal kenderaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 17 2023
Seorang pemandu dan dua peumpang terselamat selepas kereta dinaiki terjunam dalam tasik selepas hilang kawalan di Jalan Bukit Pasir, Batu Pahat pada Selasa. - Foto Sinar Harian
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Tiga terselamat, kereta terjunam ke dalam tasik
Kereta dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas dan terus masuk ke dalam tasik di sebelah kanan jalan.
Kereta terjunam ke tasik: Hanya dua mayat dalam kereta - Polis
Selepas kereta berjaya dinaikkan ke tebing tasik, pihaknya hanya menemui dua mangsa di dalam kenderaan terbabit bukannya tiga sepertimana maklumat yang diterima sebelum ini.