Tiga individu maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh di Padang Tengku, Lipis hari ini.
Dalam kejadian jam 5.45 petang menyebabkan dua beradik iaitu Roziah Mohamed Yusof, 22, dan Mohamed Rozuan Mohamed Yusof, 32, serta seorang lagi individu Faizul Idzafi Azmi, 34 meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Kuala Lumpur.
“Ketika sampai di tempat kejadian, lori yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, ini menyebabkan pemandu dan dua penumpang kereta maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah.
“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama," katanya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dijalankan.
Noraniza Kamsani
Fri Aug 14 2020

Menurut polis, kejadian berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Kuala Lumpur. - Foto ihsan PDRM

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Mangsa kemalangan jalan raya meninggal dunia ketika rawatan
Hasruleffandy disahkan meninggal dunia pada jam 2 petang selepas lebih dua jam di Unit Kecemasan Hospital Lipis.

Korban banjir Pahang ditemukan dekat jambatan kereta api Bukit Betong
Selepas lima hari hilang mayat seorang lagi wanita yang dibawa arus deras dalam kejadian bot terbalik di Sungai Jelai ditemukan di Kuala Sungai Tanum, berhampiran jambatan kereta api Bukit Betong.

Tiga termasuk dua beradik maut dalam kemalangan di Lipis
Tiga individu maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.

Mayat dua beradik lemas Sungai Jelai ditemui
Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, kedua-dua mayat mangsa ditemui terapung dan tersangkut pada kayu.