KUALA LUMPUR: Dua aktivis politik dan seorang presiden kesatuan pelajar didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis secara berasingan, atas tuduhan selaku penganjur, gagal memaklumkan kepada polis mengenai perhimpunan membantah kenaikan harga barang di ibu negara, pada bulan lalu.
Mereka yang didakwa adalah Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda, 35, Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR Cabang Batu, Muhammad Sabda Suluh Lestari Yahya, 33, dan Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (KPUIAM), Mohamad Aliff Naif Mohd Fizam, 24.
Kesemua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Wong Chai Sia, S Mageswary dan Aina Azahra Arifin.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal memberitahu polis Dang Wangi lima hari sebelum mengadakan perhimpunan berkenaan di Masjid Jamek, Kampung Baru, Jalan Raja Alang dan hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, jam 2 dan 3.30 petang, pada 1, 9 serta 23 Julai lalu.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM10,000.
Mereka diwakili peguam, Faiz Fadzil; Bryan Ng dan Asheeq Ali, sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Aris Kamaluddin; Mohd Radzi Shah dan Muhamad Zuraidi Zulkifli.
Mahkamah memerintahkan Mohd Hasbie dan presiden kesatuan pelajar itu masing-masing diikat jamin RM3,000, manakala jaminan RM7,000 dikenakan terhadap Muhd Sabda Suluh Lestari tanpa sebarang syarat tambahan.
Sebutan kes Mohd Hasbie ditetapkan pada 22 September ini, Muhd Sabda Suluh Lestari (28 September) dan Mohamad Aliff Naif (21 September).
Turut hadir, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan timbalannya, Datuk Salahuddin Ayub bagi memberi sokongan kepada Mohd Hasbie, manakala Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil hadir sebagai tanda solidariti bersama Muhammad Sabda Suluh Lestari.
Media sebelum ini melaporkan himpunan itu dipercayai dianjurkan bagi menyatakan protes terhadap peningkatan harga barang sejak kebelakangan ini yang disifatkan sebagai menekan rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.
Astro Awani
Thu Aug 18 2022

Perhimpunan itu dipercayai dianjurkan bagi menyatakan protes terhadap peningkatan harga barang sejak kebelakangan ini yang disifatkan sebagai menekan rakyat terutama golongan kurang berkemampuan. - Gambar fail/#Turun
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Tiga terbabit perhimpunan kenaikan harga barang didakwa
Tiga individu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis secara berasingan, atas tuduhan selaku penganjur, gagal memaklumkan kepada polis.