KOTA BHARU: Tiga remaja termasuk seorang perempuan antara empat individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen (along), di sini Rabu lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua remaja berusia 19 tahun dan seorang wanita berusia 35 tahun itu, di tahan di lokasi berasingan sekitar bandar ini.
"Tangkapan dilakukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ketika menjalankan Op Vulture di sekitar bandar Kota Bharu.
"Ketika melakukan operasi ini, pegawai dan anggota kami terserempak dan menahan dua remaja lelaki di sebuah bank di bandar Kota Bharu," katanya pada sidang media di IPK Kelantan di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata hasil pemeriksaan mendapati suspek disyaki menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen.
"Susulan tangkapan itu, kita berjaya menahan remaja perempuan dan wanita berusia 35 tahun tersebut di dua lokasi berasingan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan tersebut.
"Hasil siasatan mendapati suspek akan melakukan pengeluaran wang daripada akaun bank mangsa pada hari kemasukan gaji," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut merampas wang tunai RM44,740, 26 keping kad mesin juruwang automatik (ATM), 46 keping resit transaksi pengeluaran wang, empat telefon bimbit pelbagai jenama dan dokumen lain.
Menurutnya permohonan tahanan reman ke atas semua suspek dibuat hari ini untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang Tanpa Lesen 1951.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua remaja berusia 19 tahun dan seorang wanita berusia 35 tahun itu, di tahan di lokasi berasingan sekitar bandar ini. - Gambar fail
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Restoran beroperasi separuh abad dikompaun guna logo halal tidak sah
Sebuah restoran di Kota Bharu yang telah beroperasi sejak lebih separuh abad dikompaun kerana menggunakan logo halal tidak sah.
Kelantan harap RMK13 pertimbang pelaburan strategik dalam sektor pembuatan
Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi sebagai kawasan perindustrian baharu.
Cadangan pembinaan tembok: Kelantan perlu hampir RM450 juta kos pengambilan tanah - MB
Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM445.748 juta bagi kos pengambilan balik tanah di kawasan yang terlibat dalam cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand.
Thailand setuju jika Malaysia bina tembok keselamatan dan banjir sepanjang sempadan di Kelantan
Kerajaan Thailand menyambut baik cadangan kerajaan Kelantan untuk mengusulkan kepada Kerajaan Pusat mengenai pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir di sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang.
MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
Penyanyi wanita popular Kelantan ditahan di Golok
Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.
Tahap kesedaran di Kelantan masih rendah walaupun akta rokok sudah dikuat kuasa
Jabatan Kesihatan Kelantan mendapati masih ada individu yang merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.
Projek tebatan banjir, rawatan air di Kelantan sentiasa jadi fokus Kerajaan Persekutuan
Fadillah berkata, semua projek tebatan banjir dan rawatan air di Kelantan sedang berjalan dan disiapkan.
Belanjawan 2025: Tiada kemudahan sukan lengkap, Kelantan harap peruntukan tambahan
Kerajaan Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk pembangunan infrastruktur sukan negeri ini menerusi Belanjawan 2025.