Tiga penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) ditahan kerana menyamar sebagai pegawai polis sebelum memeras ugut pekerja asing berdekatan satu kedai runcit di Klang Utara, dekat sini pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurul Huda Mohd Salleh berkata ketiga-tiga penguat kuasa berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun terbabit, ditahan sejurus laporan dibuat oleh pekerja asing berkenaan mengenai kejadian itu sekitar 4 petang.
"Mangsa lelaki berumur 29 tahun bekerja sebagai pembantu di kedai runcit itu. Dia didatangi ketiga-tiga suspek yang memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai polis dan memeriksa dokumen rakannya yang juga warga asing.
"Suspek kemudiannya memeras ugut mangsa sejumlah wang tunai bertujuan untuk tidak mengambil tindakan ke atas rakannya itu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Nurul Huda berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan direman tiga hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 384/170 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan kes itu akan dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut.
Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua MPK, Elya Marini Darmin dalam kenyataan memberitahu, pihaknya mengambil maklum mengenai penahanan tiga penguat kuasa berkenaan dan bersedia bekerjasama dengan polis untuk siasatan lanjut.
"MPK juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Pekerja (Perlakuan Dan Tatatertib) MPK 1995 sekiranya ketiga-tiga penguat kuasa itu didapati bersalah dan menjejaskan imej MPK," katanya.
Beliau menegaskan MPK tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa oleh warga kerjanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 14 2020

Ketiga-tiga lelaki berkenaan direman tiga hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 384/170 Kanun Keseksaan.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

KPDN Perak sita minyak masak bersubsidi disorok dalam tong sampah
Taktik itu terbongkar menerusi pemeriksaan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Teluk Intan.

Polis berusaha kesan Che Nor Qurratu yang hilang sejak 7 Nov
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang selepas ke kedai runcit sejak 7 Nov lepas.

Belanjawan 2025: STR, SARA dinaikkan kepada RM13 bilion
Kerajaan memberikan peningkatan tertinggi pada 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion berbanding RM 10 bilion.

Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.

Remaja keluar beli roti tidak pulang sejak 19 Ogos
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang oleh ibunya sejak 19 Ogos lepas.

Kedai runcit kenakan pembelian bersyarat, KPDN sita 164kg minyak masak
KPDN Perak menyita 164 kilogram minyak masak peket dianggarkan bernilai RM410 dalam Ops Samar di sebuah kedai runcit di pekan Alor Pongsu, Parit Buntar.

Budak perempuan muntah darah makan coklat tamat tempoh
Keadaan kesihatan kanak-kanak berusia setahun dikatakan semakin kritikal selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital tempatan.

Polis buru dua lelaki samun kedai runcit
Polis memburu dua lelaki disyaki terlibat kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Kebun Baru, Telok Panglima Garang.

MAHB jangka banyak syarikat penerbangan teroka pasaran Malaysia menjelang suku pertama 2025
MAHB menjangkakan lebih banyak syarikat penerbangan meneroka pasaran industri penerbangan Malaysia di antara suku keempat 2024 dan suku pertama tahun depan.

Polis kesan dua lelaki sembur alat pemadam api samun kedai runcit
Polis sedang mengesan dua lelaki menggunakan alat pemadam api ketika melakukan samun di sebuah kedai runcit di Taman Desa Aman, Guar Chempedak di Yan.