SEREMBAN:Tiga pendaki yang sesat selama dua hari selepas mendaki Gunung Berembun, Jalan Pantai dekat sini ditemukan selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dijumpai pada 3.45 petang semalam di puncak gunung sebelum dibawa keluar dari hutan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.
Menurutnya, maklumat awal diterima menerusi panggilan telefon yang dibuat oleh seorang daripada pendaki kira-kira pukul 11.30 malam pada Sabtu dan anggota mencari dan menyelamat (SAR) terus digerakkan.
"Mangsa yang dilaporkan tersasar kira-kira 10 kilometer dari trek pendakian dibawa turun dari ketinggian 1,080 meter dari puncak gunung sebelum diberikan rawatan awal akibat keletihan.
“Kesemua mereka berada dalam keadaan selamat dengan mangsa wanita mengalami kekejangan dan kecederaan pada kaki,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Beliau berkata mangsa berkenaan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, operasi SAR itu melibatkan 25 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta ditamatkan sepenuhnya pada 2 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 14 2020
Maklumat awal diterima Balai Bomba dan Penyelamat Seremban menerusi panggilan telefon yang dibuat seorang pendaki kira-kira pukul 11.30 malam pada Sabtu dan SAR terus digerakkan.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Projek kereta api ringan Gunung Fuji dijangka angkut 3 juta pendaki setahun
Wilayah Yamanashi cadangkan laluan dua landasan yang akan mengoperasikan kereta api dua gerabak setiap 6 minit selama 10 jam sehari.
Pendakian santai di Gunung Lambak tarikan pendaki pelbagai lapisan umur
Hanya berketinggian 510 meter dari paras laut, tidak hairan lokasi itu menjadi tumpuan ramai pada musim cuti untuk penganjuran aktiviti lasak.
Pakistan cari tiga pendaki Rusia yang hilang
Pihak berkuasa Pakistan meneruskan operasi mencari pada Ahad untuk menyelamatkan tiga pendaki Rusia yang hilang di Gasherbrum IV.
Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan
Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh MOSAR dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.
10 pendaki berjaya tamatkan Trans Titiwangsa V4, babit jarak 238km
Sepanjang pendakian, mereka menawan 63 puncak termasuk enam daripada tujuh gunung tertinggi di Semenanjung dengan ketinggian lebih 2,000 meter.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Enam pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui selamat, seorang cedera
Enam pendaki yang sesat di Gunung Angsi, Kuala Pilah malam tadi ditemukan selamat pada pukul 2.34 pagi ini.
11 pendaki Gunung Marapi, Indonesia maut
Kini pencarian untuk mencari 12 lagi hilang telah dihentikan buat sementara waktu atas faktor keselamatan.
Insiden terkandas di gunung Jepun meningkat pada paras tertinggi
Terdapat peningkatan sebanyak 431 kes berbanding tahun sebelumnya dengan sejumlah 3,015 kes direkodkan, jumlah tertinggi sejak 1961,
Everest: Operasi SAR Hawari ditamatkan awal sehari
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lepas ditamatkan hari ini.