Sekumpulan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kai Ming Bintulu, Sarawak, berjaya meraih pingat emas pada pertandingan inovasi Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta, Harta Intelek Antarabangsa (IPITEX 2020) di sini, menerusi ciptaan mereka yang dinamakan "B-Beep".
B-Beep merupakan alat 'keloi' bluetooth khusus bagi meningkatkan keselamatan pelajar sekolah, di mana para pelajar boleh membawa alat komunikasi yang digerakkan oleh BBC micro:bit itu kemana-mana sahaja, kerana sifatnya yang ringan, kecil dan ringkas.
Tiga pelajar dari sekolah berkenaan, Nathanael Lim Yee Ning, 10, Ling Guan Yee, 12, dan adiknya, Ling Yan Ru, sembilan, mendapat idea untuk mencipta alat itu bagi memastikan keselamatan kanak-kanak sekolah khususnya selepas waktu sekolah atau selepas kelas tuisyen.
Mereka memenang pingat emas, serta anugerah khas - Anugerah Pencipta Muda dari pertubuhan Warga Inovasi dari Singapura, sebagai pengiktirafan kepada kreativiti mereka.
Guan Yee dan Yan Ru berkata idea bagi mencipta lat itu muncul semasa mereka sedang menunggu bapa mereka datang untuk mengambil mereka dari sekolah.
"B-Beep boleh menghalang kanak-kanak daripada diculik, mengurangkan masa menunggu di kalangan ibu bapa, di samping mengurangkan kesesakan trafik di persekitaran sekolah," kata Guan Yee ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini,
Ibunya, Lee Siau Ken yang juga guru sekolah berkenaan berkata oleh kerana telefon bimbit tidak dibenarkan di sekolah-sekolah, B-Beep merupakan alat alternatif bagi memastikan kanak-kanak selamat selepas waktu sekolah, ketika menunggu ibu bapa datang untuk mengambil mereka.
"Dengan menggunakan aplikasi yang 'disambungkan' dengan telefon bimbit menerusi bluetooth, para ibu bapa akan dapat memaklumkan kepada anak-anak mereka, bahawa mereka sudah sampai ke pekarangan sekolah.
Menurutnya dengan alat itu, para pelajar sekolah boleh membuat kerja sekolah atau mengulangkaji pelajaran semasa menunggu kadatangan ibu bapa, dengan lebih selesa.
Ciptaan B-Beep menewaskan 1,200 rekaan dan produk dari lebih 20 negara yang mengambil bahagian, termasuk United Kingdom, Kanada, Korea, Laos, Hong Kong, China, Romania, India dan Indoneisa dalam pertandingan rekaan dan inovasi sempena Hari Pencipta Thailand pada 2 Feb lepas.
Delegasi Malaysia yang terdiri daripada wakil persatuan Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan Persatuan Penyelidikan dan Inovasi (MyRIS) memanangi 32 pingat emas, 68 perak dan 74 gangsa dalam ekspo tahunan itu.
IPITEX merupakan satu platform bagi pencipta muda menampilkan potensi ciptaan masing-masing di samping mendapatkan pendedahan serta pengalaman yang amat berharga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 07 2020

Tiga pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kai Ming Bintulu Sarawak Nathanael Lim Yee Ning, 10 (kiri), Ling Guan Yee, 12 (kanan), dan adiknya, Ling Yan Ru, 9, (dua, kanan) menunjukkan Sijil dan Pingat Emas yang dimenangi. - Foto BERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Tiga pelajar dari Sarawak menang pingat emas IPITEX 2020 di Bangkok
Sekumpulan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kai Ming Bintulu, Sarawak, berjaya meraih pingat emas pada pertandingan inovasi IPITEX 2020.