Tiga nelayan termasuk dua beranak dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Beting Nyabau dan Beting Kidurong di sini sejak Selasa.
Kehilangan mangsa iaitu Shamsuddin Dahlan, 52 tahun, bersama anak lelakinya, Mohd Syazwan Shamsuddin, 17 tahun, dan seorang lagi rakannya, Mohd Husaini Azman, 18 tahun, dilaporkan oleh keluarga selepas mereka tidak pulang ke rumah sejak keluar ke laut.
Menurut Pengarah Zon Bintulu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah, pihaknya telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula jam 10 pagi Rabu selepas menerima maklumat kehilangan.
“Kesemua mereka dari Kampung Jabai dan Kampung Song, Bintulu telah keluar ke laut dengan menaiki sebuah bot pada 26 November 2019, jam lebih kurang 3 pagi untuk memancing ikan dan tidak pulang sehingga kini.
“Mangsa disyaki telah hilang di sekitar perairan Beting Nyabau dan Beting Kidurong, Bintulu,” kata beliau dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Shahref Steve berkata, sebuah bot Zon Maritim Bintulu telah digerakkan bagi menjalankan SAR di sektor pencarian seluas 10 batu nautika persegi iaitu kira-kira 20 kilometer persegi dari perairan Beting Nyabau dan Beting Kidurong.
Katanya, operasi SAR akan dijalankan sehingga kesemua mangsa dijumpai.
Sehubungan itu, katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berharap komuniti maritim terutamanya di Bintulu dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan insiden ini.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa supaya orang ramai mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.
“Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254),” tambah Shahref Steve.
Angelina Sinyang
Wed Nov 27 2019
Gambar dari kad pengenalan mangsa yang hilang selepas keluar memancing, dari kiri, Shamsuddin, Mohd Syazwan dan Mohd Husaini. - Foto Ihsan Maritim Malaysia Bintulu
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Tiga nelayan dilapor hilang sejak Selasa ditemui selamat
Tiga nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Beting Nyabau dan Beting Kidurong sejak Selasa lalu, ditemui dalam keadaan selamat pada petang Rabu.
Tiga nelayan termasuk dua beranak dikhuatiri hilang selepas keluar memancing
Maritim Malaysia Zon Bintulu telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula jam 10 pagi Rabu selepas menerima maklumat kehilangan.