SHAH ALAM : Tiga media terkemuka negara bergabung dan bekerjasama untuk menganjurkan debat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Debat tersebut bagi merungkai polemik yang melanda Sapura Energy Berhad sama ada ia perlu diselamatkan oleh kerajaan atau sebaliknya.
Media terlibat ialah Sinar Harian, Astro AWANI dan Sin Chew Daily yang akan membawakan debat itu kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi pelbagai platform.
Debat yang penuh bersejarah itu bakal mendapat liputan di media cetak, media dalam talian malah menerusi televisyen.
BACA: Anwar sedia berdebat dengan Najib
BACA: Debat Najib-Anwar: Rafizi setuju Sinar Harian jadi hos
Sinar Harian sebelum ini tampil dengan program wacana debat khas yang dipanggil 'Berani Semuka'. Sinar Harian pernah menampilkan pertembungan idea tokoh-tokoh hebat tanah air.
Ini termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang berdebat mengenai isu penyelewengan aset Tabung Haji pada 14 Ogos 2020.
Selain itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga pernah berdebat dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berhubung pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 pada 13 Januari lalu.
Program 'Berani Semuka' menggunakan format diskusi ala pemilihan presiden Amerika Syarikat namun disesuaikan dengan budaya masyarakat Malaysia.
Ia memberi peluang kepada ahli politik dan tokoh masyarakat termasuk menteri-menteri untuk menjelaskan isu berbangkit kepada rakyat dalam suasana harmoni.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Apr 05 2022

Debat tersebut bagi merungkai polemik yang melanda Sapura Energy Berhad sama ada ia perlu diselamatkan oleh kerajaan atau sebaliknya. - Gambar fail

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.
Agenda AWANI: E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik – TKSU Kementerian Perpaduan Negara
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat. Jelasnya, sistem berkenaan turut memantau isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Wujudkan kerajaan teknorat Gaza, jamin pembangunan mampan – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata sebuah kerajaan teknokrat di Palestin perlu diwujudkan untuk memastikan pembangunan semula Gaza yang lebih mampan. Jelasnya, Palestin tidak miskin tokoh dalam pelbagai kepakaran yang berupaya memimpin pembangunan wilayah terkepung itu. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Kementerian Perpaduan Negara ketengahkan etnik Portugis, Chetti demi meraikan kepelbagaian - TKSU
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata Kementerian Perpaduan Negara mengambil inisiatif mengetengahkan etnik-etnik minoriti dalam negara seperti etnik Portugis dan Chetti di Melaka. Jelasnya, langkah ini bagi memastikan kaum-kaum majoriti turut menghargai kepelbagaian yang sedia-ada di Malaysia. #AgendaAWANI

Konsep Negara Bangsa jadi fokus KPN bentuk masyarakat bersatu padu
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memilih tema 'Harmoni Dalam Kepelbagaian' dan Konsep Negara Bangsa sebagai fokus utama tahun ini.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza. Jelasnya, masyarakat awam Arab sememangnya tidak berbelah bahagi menyokong pembelaan nasib rakyat Palestin. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [12/3/2025] – Henti polemikkan isu 3R | Sindiket pendaftaran kelahiran | Bukan bailout | Bukan lagi lubuk rezeki
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Pemimpin politik perlu berhenti jadi badut, titah Sultan Pahang
-Rasuah daftar keahlian: Penjawat awam, pengamal perubatan dan undang-undang ditahan
-Suntikan RM1.1 bilion untuk Sapura energy bukan 'bailout' tetapi pelaburan
-Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Pemimpin politik perlu berhenti jadi badut, titah Sultan Pahang
-Rasuah daftar keahlian: Penjawat awam, pengamal perubatan dan undang-undang ditahan
-Suntikan RM1.1 bilion untuk Sapura energy bukan 'bailout' tetapi pelaburan
-Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Tiga media gabung tenaga cadang anjur debat Anwar-Najib
Debat tersebut bagi merungkai polemik yang melanda Sapura Energy Berhad sama ada ia perlu diselamatkan oleh kerajaan atau sebaliknya.